Perjanjian cadangan Boustead lupuskan 66.41% ekuiti dalam Universiti Nottingham telah luput | DagangNews Skip to main content

Perjanjian cadangan Boustead lupuskan 66.41% ekuiti dalam Universiti Nottingham telah luput

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHB berkata syarat duluan itu masih belum dipenuhi setakat 16 Ogos 2022, iaitu tarikh akhir perjanjian itu.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perjanjian cadangan Boustead Holdings Bhd (BHB) untuk melupuskan 66.41% pegangan kawalan dalam Universiti Nottingham di Malaysia telah luput.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHB berkata syarat duluan itu masih belum dipenuhi setakat 16 Ogos 2022, iaitu tarikh akhir perjanjian itu.

 

“BHB dan pembeli telah saling menerima dan bersetuju bahawa perjanjian penjualan saham (SSA) akan dianggap telah luput dan tidak berkuat kuasa mengikut Klausa 2.6 SSA dan SSA ditamatkan sewajarnya.

 

“Pada Ogos tahun lepas, BHB mengumumkan ia akan melupuskan pegangan kawalannya dalam UNM dan sebuah kampus di Semenyih, Selangor pada harga £23.5 juta (RM126 juta), meninggalkan usahanya dalam institusi pendidikan itu," kata BHB.

 

Padai 15 Februari 2022, lembaga pengarah BHB mengumumkan bahawa BHB dan Universiti Nottingham telah sama-sama bersetuju untuk melanjutkan tarikh di mana syarat-syarat dahuluan yang ditetapkan dalam SSA perlu dipenuhi atau diperoleh atau diketepikan dalam mengikut terma dan syarat SSA dari 16 Februari 2022 hingga 16 Ogos 2022.

 

Dalam laporan sebelum ini, BHB berkata, hasil daripada urus niaga tersebut akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja dan kos transaksi. - DagangNews.com