KUALA LUMPUR 16 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) kekal berhati-hati terhadap prospek V.S. Industry Berhad dan menjangkakan permintaan pengguna terhadap produk elektronik lemah kesan daripada cabaran ekonomi global.
Firma itu juga menjangkakan margin keuntungan kumpulan itu kekal di bawah tekanan sehingga kerana operasi yang tidak cekap.
Katanya, keuntungan bersih teras kumpulan itu bagi 9MFY23 meningkat sebanyak 20% kepada RM142 juta daripada asas yang rendah dengan kumpulan itu sedang pulih daripada gangguan semas apandemik COVID-19.
"Keuntungan bersih teras bagi 3QFY23 bagaimanapun menguncup sebanyak 39% kepada RM28 juta walaupun hasil meningkat sebanyak 8%, disebabkan oleh margin keuntungan yang berkurangan akibat kos tenaga elektrik, tenaga kerja dan kos pembiayaan meningkat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, secara geografinya jualan 9MFY23 meningkat dengan ketara untk operasi di Malaysia disebabkan daripada pelanggan utama, tetapi keuntungan sebelum cukai (-9% YoY kepada RM157 juta) akibat kos elektrik, tenaga kerja dan pembiayaan yang lebih tinggi.
BACA JUGA: V.S Industry catat peningkatan hasil 18.2% kepada RM3.4 bilion bagi 9MFY23
Kataya, prestasi suku ketiga Indonesia dilaporkan kurang baik (mengalami kerugian akibat jualan yang lebih rendah semasa Hari Raya Aidilfitri) telah mengheret keuntungan sebelum cukai pada 9MFY23 menguncup 21% kepada RM7 juta.
"Keuntungan sebelum cukai operasi Singapura meningkat sebanyak 28% kepada RM4 juta berdasarkan pesanan jualan yang lebih tinggi yang diterima daripada pelanggan utama.
"Sementara itu, prestasi di China adalah kurang memberangsangkan (kerugian sebelum cukai meningkat kepada RM16 juta) kerana pengeluaran berada di bawah paras optimum dalam persekitaran operasi yang masih mencabar," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran 80 sen sesaham. - DagangNews.com