Permintaan produk plastik pembungkusan Thong Guan diunjur bertambah baik didorong keperluan mendesak pelanggan | DagangNews Skip to main content

Permintaan produk plastik pembungkusan Thong Guan diunjur bertambah baik didorong keperluan mendesak pelanggan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - Permintaan terhadap produk plastik pembungkusan Thong Guan Industries Bhd diunjur bertambah baik didorong keperluan keperluan mendesak pelanggannya untuk meningkatkan stok bekalan sebelum berlaku kenaikan harga resin.

 

Kenanga Research berkata, produk filem regangan dan beg industri masing-masing menyumbang 50% dan 17% daripada hasil keseluruhan pada FY23 dan dijangka kekal menjadi pemacu utama.

 

"Terdapat permintaan kukuh untuk filem regangan nano di pasaran antarabangsa seperti Amerika Syarikat (AS), Afrika Selatan dan Korea Selatan manakala jualan beg industri akan dirangsang oleh penawaran beberapa produk baharu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sejak 4QFY23, kumpulan itu menyaksikan jualan lebih baik di United Kingdom (UK), Jerman dan wilayah Scandinavia yang biasanya menawarkan margin yang lebih baik.

 

Sementara itu katanya, di pasaran AS, kumpulan itu sedang meningkatkan usahanya untuk mendapatkan pelanggan baharu bagi produk premiumnya seperti filem regangan nano termasuk pengambilan 

 

Sementara itu, di pasaran AS, TGUAN sedang meningkatkan usahanya untuk mendapatkan pelanggan baharu bagi produk premiumnya (seperti filem regangan nano), termasuk pengambilan kakitangan jualan tempatan. 

 

"Disebalik prospek yang lebih baik, Thong Guang berharap kadar penggunaan kilangnya akan mencecah 80% menjelang akhir tahun berbanding 60% hingga 70% ketika ini," katanya.

 

Kenanga Research berkata, kumpulan itu tidak merancang membuat perbelanjaan modal baharu pada tahun ini kecuali untuk beberapa perkara termasuk penyediaan talian hud regangan tambahan bagi memenuhi pasaran domestikm dan Eropah.

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.86," katanya.- DagangNews.com