LANGKAWI 26 Dis - Kira-kira 300 usahawan jutawan dari pelbagai industri berkumpul di pulau peranginan terkenal ini, bagi mendapatkan bimbingan intensif sebagai persediaan mengharungi cabaran besar pada 2023.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bimbingan tersebut dikendalikan sendiri mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman khusus buat usahawan yang berada pada tahap perluasan (expansion) dengan jualan lebih RM1 juta hingga RM100 juta setahun.
Katanya, mereka akan berkampung selama tiga hari di Langkawi bagi mempersiapkan bisnes masing-masing agar terus mampu berkembang dalam apa jua keadaan.
"Pada Inner Circle Meeting (ICM) kali ke-22 ini, Azizan akan memfokuskan mengenai bagaimana seseorang pengasas dan pemilik bisnes dapat membina sebuah pasukan yang mantap.
"Kunci di sini ialah aspek kepimpinan yang dapat membangun pasukan sesebuah bisnes hingga memacu kejayaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
ICM merupakan program yang diadakan tiga kali setahun bagi usahawan jutawan di bawah program pementoran eksklusif RichWorks yang diperkenalkan sejak 2015.
Radz menambah, tanpa sokongan pasukan yang kuat sukar untuk sesebuah bisnes itu pergi lebih jauh.
"Alhamdulillah, rata-rata pengasas dan pemilik perniagaan di bawah bimbingan RichWorks ini menyaksikan pertumbuhan dari semasa ke semasa.
"Ia tidak berlaku semalaman, pertumbuhan mereka merupakan suatu proses yang mana cepat atau lambat juga bergantung kepada komitmen mereka sendiri," jelasnya.
Dalam pada itu, Radz memberitahu, usahawan-usahawan bimbingan RichWorks juga berdepan cabaran seperti mereka di luar namun membezakannya bila lebih bersedia dengan ilmu dan tindakan.
"Hasil bimbingan diterima daripada penyelesaian 'end to end' RichWorks bersama Azizan yang sentiasa ditambah baik," ujarnya.
Dapatkan info lanjut di laman web NakUbahHidup.com. khusus bagi usahawan di luar sana yang juga mahu saksikan perubahan positif 2023. - DagangNews.com