PLS Plantations, Iskandar Waterfront dan ShenZhen Shenyue Investment jalin kerjasama strategik rancang pembangunan taman perindustrian, hab inovasi di Johor | DagangNews Skip to main content

PLS Plantations, Iskandar Waterfront dan ShenZhen Shenyue Investment jalin kerjasama strategik rancang pembangunan taman perindustrian, hab inovasi di Johor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Mac - PLS Plantations Bhd, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan ShenZhen Shenyue Investment memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung cadangan kerjasama strategik pembangunan Taman Perindustrian Shenzen dan Hab Inovasi di Johor.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, jalinan kerjasama itu adalah bagi membolehkan kesemua pihak terlibat meneroka tindakan susulan bagi meningkatkan daya saing antarabangsa industri dalam Johor melibatkan projek Taman Perindustrian Shenzhen.

 

"Ia juga bagi melaksanakan strategi pembangunan yang memberi tumpuan kepada kejuruteraan kualiti pembuatan, projek pengembangan ekosistem dan pembukaan pasaran antarabangsa.

 

"Selain itu, kerjasama itu juga bertujuan memupuk pembangunan industri baharu muncul strategik, sejajar dengan industri dan teknologi yang digariskan," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kesemua pihak bersetuju untuk meneroka pembinaan taman perindustrian bagi menyediakan syarikat dengan pejabat dan kemudahan pengeluaran serta perkhidmatan sokongan berakitan bagi menggalakkan pembangunan serta kerjasama perindustrian.

 

Katanya, Hab Pembangunan Inovasi akan ditubuhkan bagi menyediakan sumber dan sokongan bagi aktiviti inovatif dan projek penyelidikan di Johor.

 

"Kerjasama itu berkuat kuasa serta-merta selama 12 bulan dari tarikh MoU.

 

"Bagaimanapun, kerjasama itu akan terbatal sekiranya ada pihak menamatkan lebih awal atau lanjutan sekiranya terdapat tempoh lanjutan yang dipersetujui bersama," katanya. - DagangNews.com