PLUS aktifkan Smartlane bagi lancarkan trafik sempena sambutan Deepavali | DagangNews Skip to main content

PLUS aktifkan Smartlane bagi lancarkan trafik sempena sambutan Deepavali

KUALA LUMPUR 21 Okt - PLUS Malaysia Berhad akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi mengaktifkan ‘Smartlane’ bagi menambah kapasiti lorong sedia ada serta melancarkan trafik ketika musim perayaan Deepavali 2022. 

 

Pengaktifan ‘Smartlane’ itu akan dilaksanakan di PLUS Wilayah Tengah bergantung kepada keadaan trafik semasa iaitu di laluan di antara Tapah ke Gopeng (Arah Utara) bermula KM306.7 – KM297.0 bermula 10 pagi hingga 6 petang pada 21 dan 22 Oktober 2022.

 

"Selain itu, laluan Slim River ke Sungkai (Arah Utara) bermula KM366.8– KM354.0 juga pada waktu dan hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk patuhi papan tanda trafik dan arahan petugas ketika melalui lokasi tersebut. 

 

Sila muat turun Aplikasi PLUS untuk maklumat terkini di Lebuhraya PLUS. - DagangNews.com