Powerwell terima pesanan pembelian bernilai RM57.6 juta bagi pusat data di Selangor | DagangNews Skip to main content

Powerwell terima pesanan pembelian bernilai RM57.6 juta bagi pusat data di Selangor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Mei - Powerwell Holding Bhd menerusi Powerwell International Sdn Bhd menerima dua pesanan pembelian bernilai RM57.6 juta daripada sebuah syarikat teknologi multinasional bagi membekal, memasang dan mentauliah papan suis voltan rendah serta panel kuasa bagi pusat data yang terletak di Selangor.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak dijangka dipenuhi dalam tempoh setahun dari tarikh 24 Mei 2024.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih Powerwell untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

 

Kumpulan itu tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan pesanan belian dan kumpulan akan mengambil langkah perlu bagi mengurangkan risiko tersebut.

 

Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam penerimaan kontrak itu.- DagangNews.com