PR1MA sediakan peruntukan tambahan RM3 juta bantu mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

PR1MA sediakan peruntukan tambahan RM3 juta bantu mangsa banjir

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 25 Dis - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta menjadikan jumlah RM5 juta secara keseluruhan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. 

 

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, Bantuan Tambahan Bencana Banjir 2021 #PR1MAKita ini merupakan langkah untuk meringankan beban mangsa yang terjejas dan ia selari dengan inisiatif diumumkan kerajaan. 

 

“Memahami kepayahan mereka yang terjejas seperti kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda, serta keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, PR1MA akan menyalurkan bantuan tambahan seperti waterjet untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas, kelengkapan pembersihan diri, bantal, tilam dan selimut serta bakul makanan,” katanya.

 

Bantuan ini akan disumbangkan kepada mangsa banjir negeri-negeri yang terjejas dengan bencana alam ini.

 

Sebelum ini, PR1MA juga telah menggerakkan lebih 100 kakitangan di Hulu Langat, dan Taman Sri Muda, Shah Alam bagi kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir. 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Haji Mohd Nazri Md. Shariff berkata, PR1MA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan koordinasi dan gerak kerja teratur bagi memastikan sumbangan kepada mangsa di kawasan terjejas.

 

fat
Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya 


 
“Tidak lupa juga kepada pembeli yang terjejas, PR1MA akan berhubung dengan mereka dan berharap dapat membantu anda sedaya mungkin,” katanya. 

 

faat

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-76289898 atau e-mel ke info@pr1ma.my. - DagangNews.com