Principal lancar Dana Pendapatan Dinamik Global, sedia pendapatan dan pertumbuhan modal lebih stabil | DagangNews Skip to main content

Principal lancar Dana Pendapatan Dinamik Global, sedia pendapatan dan pertumbuhan modal lebih stabil

Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global, Munirah Khairuddin.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 April - Principal Malaysia mengumumkan pelancaran Dana Pendapatan Dinamik Global bagi pelabur yang mencari rumusan pelaburan pelbagai aset baharu di pasaran global.

 

Dana itu bertujuan menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal yang lebih stabil dengan melabur dalam dana sasaran yang dilaburkan secara fleksibel.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global serta Pengarah Urusan Edaran Strategik dan Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara, Munirah Khairuddin berkata, dalam persekitaran makro yang kompleks bagi kadar faedah, cabaran utama dalam pelaburan adalah untuk terus meraih keuntungan sambil mengurangkan risiko penurunan.

 

Beliau berkata, strategi pelbagai aset yang diurus secara aktif dapat membantu mengehadkan perubahan portfolio selain terus menghasilkan pendapatan yang lebih tekal.

 

"Menerusi pengenalan dana ini, pelabur berpotensi menjadi aliran pendapatan menarik dengan tujuan menghadapi keadaan dan pasaran tidak menentu selain mengukuhkan kewangan mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dana itu diaslurkan kepada Schroder International Selection Fund Dynamic Income (dana sasaran) yang sesuai untuk pelabur yang mempunyai matlamat jangka sederhana dan panjang.

 

HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC) dilantik sebagai pengedar bank eksklusif dana itu selama enam bulan.

 

Principal Global Dynamic Incom Fund menawarkan lima kelas saham untuk pelabur iaitu Kelas MYR, Kelas MYR-Hedged, Kelas SGD-Hedged, Kelas USD dan Kelas AUD-Hedged.- DagangNews.com