KUALA LUMPUR 24 Mei - Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia yang berkepakaran di dalam urusan penyediaan dan pelaksanaan dokumen hibah, wasiat, harta sepencarian dan amanah, hari ini mengumumkan pelancaran promosi untuk perkhidmatan perancangan harta secara syariahnya.
Promosi terbaru ini menawarkan diskaun di antara 15% sehingga 30% kepada masyarakat yang ingin merancang harta terutamanya menggunakan kaedah hibah harta dan perkhidmatan pewarisan perniagaannya di dalam tempoh promosi di antara 24 Mei sehingga 30 Jun 2021.
“Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia pada 2020, kami menyaksikan lonjakan permintaan 100% dari tahun 2020 ke tahun 2021. Ini adalah kerana masyarakat mulai faham betapa pentingnya mereka merancang harta hari ini kerana risiko yang semakin tinggi di dalam musim pandemik COVID-19.” kata Ariffin dalam kenyataan di sini.
Dengan tujuan utama untuk memberi lebih insentif dan kemudahan kepada umat Islam, Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan promosi diskaun terhad ini.
Bagi membantu memudahkan lagi umat Islam menggunakan perkhidmatannya, Wasiyyah Shoppe Berhad juga menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran melalui gerbang platform pembayaran yang terpilih.
Dengan pengenalan akad hibah dalam talian yang dilancarkan pada April 2020, Wasiyyah Shoppe Berhad juga tidak berdepan sebarang masalah untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan waris-waris pelanggannya yang berada di seluruh dunia.
“Untuk melaksanakan hibah, sebelum pandemik COVID-19 melanda pada 2020, kami perlu bertemu secara bersemuka dengan pelanggan dan penerima hibah di dalam satu majlis akad hibah.
"Dengan pengenalan akad hibah secara dalam talian, pelanggan dan penerima hibah kini boleh berada di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia asalkan ada akses kepada internet. Sekali gus ia lebih memudahkan urusan hibah dan menghapuskan risiko COVID-19,” ujar Ariffin.
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dan pelaksana dokumen hibah yang terbesar di Malaysia semenjak 2004 dan telah membantu lebih dari 40,000 orang Islam merancang harta melalui kaedah ini. Lebih daripada 300 perintah pengesahan hibah juga telah diperolehinya dari Mahkamah Syariah seluruh Semenanjung Malaysia yang membuktikan keberkesanan perkhidmatan hibahnya.
“Kami menawarkan lebih daripada 35 penyelesaian komprehensif perancangan harta untuk umat Islam di Malaysia dengan jumlah pelanggan melebihi 70,000 orang namun majoriti pelanggan memilih perkhidmatan hibah kami kerana pengalaman dan kepakaran kami di dalam bidang ini,” ulas Ariffin.
Wasiyyah Shoppe Berhad menjangkakan promosi terhad ini akan mendapat sambutan baik dari masyarakat dan menyumbang sebanyak 30% dari pendapatan keseluruhan syarikat di dalam tahun kewangan 2021 berakhir 30hb Jun 2021. - DagangNews.com