Promosi servis hujung tahun Ford jimat hingga 20% | DagangNews Skip to main content

Promosi servis hujung tahun Ford jimat hingga 20%

Promosi servis hujung tahun Ford

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan diskaun hingga 20% bersempena Promosi Servis hujung tahun yang dijalankan syarikat berkenaan.

 

Pengarah Pengurusan SDAC,  Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, promosi yang dijalankan bermula hari ini hingga 15 Februari 2021 itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain termasuk penjimatan upah kerja penyelenggaraan kenderaan jenama tersebut..

 

“Ketika negara menantikan tahun baharu dengan harapan untuk bebas daripada pandemik, memberi tumpuan pada arah kesihatan yang lebih baik merupakan keutamaan ramai.

 

"Sejajar dengan itu, kami menggalakkan semua pemilik Ford memastikan kesihatan kenderaan mereka turut diberi perhatian dengan memanfaatkan promosi servis yang ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Semasa pelanggan membuat tempahan waktu servis dalam tempoh Promosi Servis, pelanggan berpeluang memanfaatkan penjimatan sehingga 20% bagi penyelenggaraan kenderaan bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin.

 

Selain itu, penjimatan 10% pula diberikan untuk upah kerja bagi pakej minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan.

 

Dalam pada itu, pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah secara percuma bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik.

 

Bagi pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 dalam satu resit pula akan diberikan beg serbaguna eksklusif untuk aktiviti harian.

 

Tambah beliau, alat ganti yang akan digunakan diambil dari Pengilang Peralatan Tulen (OEM) yang dijamin berkualiti.

 

Oleh itu, pelanggan dijamin dengan standard kualiti yang tinggi, pemasangan dan kemasan yang terbaik kerana ia direka khas untuk kenderaan Ford demi mencapai prestasi terhebat.

 

Janji temu untuk servis kenderaan yang boleh dilakukan dalam beberapa pilihan seperti berikut;

  • Tempah janji temu e-Servis dalam talian melalui laman web kami: sdacford.com.my/booka-service-form
  • Hubungi Pusat Servis Ford yang sah. Senarai pusat servis yang beroperasi boleh didapati di: sdacford.com.my/locate-a-dealer
  • Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300 38 3181

 

"Sebagai tambahan, semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000kms, yang mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

 

"Semua pusat servis dan bilik pameran masih dibuka di lokasi yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bergantung kepada pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa," tambah beliau lagi. - DagangNews.com