Prospek jangka panjang Leong Hup diunjur positif didorong momentum pemulihan menjelang 4QFY22 - RHB Research | DagangNews Skip to main content

Prospek jangka panjang Leong Hup diunjur positif didorong momentum pemulihan menjelang 4QFY22 - RHB Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Nov - Leong Hup International Berhad dijangka mengekalkan momentum pemulihannya menjelang 4QFY22 manakala prospek jangka panjangnya juga bertambah baik.

 

RHB Research berkata, permintaan bermusim dan kos makanan yang lebih rendah akan meningkatkan prospek penternak ayam dan telur pada suku terakhir tahun ini.

 

Bagaimanapun, firma itu berkata, persekitaran operasi di Indonesia kekal mencabar dan akan terus mengimbangi beberapa pertumbuhan daripada pasaran lain kumpulan itu.

 

"Kami menyemak naik unjuran pendapatan FY22 kurang 15% tetapi mengekalkan unjuran bagi FY23 dan FY24," katanya dalam satu nota kajian hari ini. 

 

Firma itu juga yakin dengan prospek jangka panjang kumpulan kerana harga komoditi yang lebih stabil walaupun tinggi dan ia seharusnya memberi petanda baik kepada pengusaha haiwan ternakan kerana ia akan membantu dari segi kos.

 

Berdasarkan pengembangan kapasiti berterusan, firma itu mengunjurkan pendapatan kumpulan bagi FY23 meningkat sebanyak 18%.

 

“Di sebalik prospek pemulihan pendapatan jangka pendek, kami terus menyukai kumpulan itu sebagai proksi utama untuk meraih pertumbuhan di Asean kesan daripada kecekapan operasi serta pengembangan kapasiti berterusan.

 

Bagi tempoh 9MFY22, keputusan kumpulan itu mengatasi unjuran disokong oleh pemulihan kukuh dalam jualan dan margin keuntungan.

 

Firma itu berkata, lonjakan keuntungan teras bersih sebanyak 170% kepada RM128 juta menyumbang 88% daripada unjuran tahun penuh dan 108% konsensus tahun penuh. 

 

"Kami megekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran 61 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com