Prospek Karex diunjur positif didorong peningkatan permintaan kondom global | DagangNews Skip to main content

Prospek Karex diunjur positif didorong peningkatan permintaan kondom global

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mei - Kenanga Research positif terhadap prospek Karex Bhd disokong peningkatan permintaan kondom di peringkat global yang diunjur berada pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) antara 8% hingga 9% sepanjang dekad akan datang.

 

Katanya, pertumbuhan juga dibantu oleh aliran permintaan terhadap produk premium yang memberikan margin yang lebih tinggi.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu juga mendapat manfaat aripada kos input lebih baik kos pengangkutan yang lebih kompetitif.

 

"Kumpulan itu juga akan menerima pensijilan Conformite European (CE) (mematuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan perlindungan alam sekitar Kesatuan Eropah (EU)) menjelang Jun 2024 dan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) pada 1HFY25 untuk produk kondom sintetik baharunya.

 

"Produk kondom sintetik itu dijangka mula memberi sembangan positif bermula 2HFY25," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan bagi 9MFY24 sebanyak RM18.6 juta melebihi jangkaan, mencapai 79% daripada ramalan setahun penuh.

 

Varians utama terhadap ramalan itu datang daripada campuran produk yang lebih baik daripada jangkaan, menghasilkan margin yang lebih tinggi.

 

Kenanga Research mengurangkan unjuran perolehan FY24-FY25 kumpulan masing-masing sebanyak 13% dan 16% untuk mencerminkan jualan yang lebih rendah dalam pasaran semasa. 

 

Bagaimanapun, mereka meningkatkan unjuran untung bersih FY24-25F masing-masing sebanyak 5% dan 4%, selepas menggabungkan margin keuntungan kasar yang lebih tinggi sebanyak 33% (sebelum ini 30%) disebabkan oleh campuran produk yang menggalakkan.

 

"Kami menyukai kumpulan itu kerana kedudukan pasaran utamanya dan capaian global dalam industri kondom yang berkembang pesat selain inovasi produknya yang kukuh.

 

"Pematuhannya kepada piawaian dan pensijilan antarabangsa dan peralihan strategiknya dalam meningkatkan rantaian nilai yang lebih tinggi serta keutamaan yang semakin meningkat untuk produk kondom inovatif berkualiti tinggi," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.10 sesaham. - DagangNews.com