Prospek pasaran makanan tambahan kesihatan domestik semakin kukuh - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Prospek pasaran makanan tambahan kesihatan domestik semakin kukuh - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Nov - Prospek untuk pasaran makanan tambahan kesihatan domestik dilihat semakin kukuh didorong oleh peningkatan kesedaran untuk pemakanan yang betul dan populasi yang semakin meningkat usia.

 

Kenanga Research berkata, pasaran nutraseutikal di Malaysia diunjur mencecah AS$1.38 bilion (RM6.28 bilion) menjelang 2027 berbanding AS$794.4 juta (RM3.6 bilion) pada 2020.

 

Firma itu berkata, pertumbuhan kumpulan itu dijangka berada antara 15% hingga 18% bagi FY23 dengan andaian purata harga jualan sebanyak 17% selepas mencatatkan pertumbuhan purata antara 6% hingga 18% pada FY20-22. 

 

"Secara khusus, perkembangan kumpulan itu pada FY23 dijangka didorong oleh kesan setahun penuh daripada pengenalan 35 SKU baharu pada FY22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan pendapatan teras bersih sebanyak RM4.4 juta bagi 1QFY23 dan ia mencapai unjuran firma itu sebanyak 21% daripada unjuran setahun penuh.

 

Hasil dan untung bersih bagi 1QFY23 menurun masing-masing 17% dan 15% disebabkan kesan asas yang tinggi pada 1QFY22.

 

Firma itu mengekalkan unjuran pendapatan bagi FY23 dan FY24 dan mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM 1.09.

 

"Kami menyukai kumpulan itu kerana model perniagaan bersepadu yang merangkumi keseluruhan spektrum rantaian nilai farmaseutikal daripada konsep produk bermula daripada R&D kepada pembuatan dan jualan.

 

"Pada masa sama mereka memiliki margin keuntungan yang besar disebabkan model perniagaan pembuatan perniagaan asalnya (OBM) dan pertumbuhan pendapatan didorong oleh pengembangan kapasiti, rangkaian pengedaran yang meluas dan penembusan ke hospital awam tempatan," katanya. - DagangNews.com