Proton catat penurunan jualan 12.16% kepada 10,999 unit pada Jun 2024 | DagangNews Skip to main content

Proton catat penurunan jualan 12.16% kepada 10,999 unit pada Jun 2024

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Proton Holdings Bhd mencatatkan penjualan sebanyak 10,999 unit pada bulan Jun 2024, penurunan 12% berbanding bulan sebelumnya yang berjumlah 12,522 unit.

 

Jumlah jualan untuk Jun 2024 terganggu akibat penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.

 

Namun secara keseluruhan, syarikat itu mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1% untuk bulan lalu, sama dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD).

 

Menurut kenyataan media, Proton mencatatat jumlah jualan 73,696 unit pada separuh pertama 2024, mengekalkan kedudukan kedua dalam keseluruhan jualan automotif nasional dengan pegangan pasaran,19.1%

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, beliau menyatakan bahawa enam bulan pertama tahun 2024 merupakan tempoh konsolidasi bagi Proton kerana syarikat melabur dalam langkah-langkah strategik untuk manfaat jangka panjang.

 

Beliau berkata "Penutupan kilang memberi kesan jangka pendek terhadap jumlah jualan kami, tetapi kecekapan yang diperoleh akan membantu kami mengejar volum pada separuh kedua tahun ini."

 

Namun, jumlah 386,600 unit TIV terjual pada enam bulan pertama, hampir 20,000 unit lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun 2023 ketika rekod tertinggi TIV dicapai.

 

Pelancarkan Proton jenama EV e.mas sekaligus meraikan pengeluaran kenderaan ke-5 juta, manakala model baharu Proton X50 kembali ke tangga teratas kelas SUV dengan 1,711 unit terjual.

 

Sementara itu, Proton Saga mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit. Secara purata, lebih daripada 5,800 unit telah dijual setiap bulan, menjadikannya salah satu kenderaan yang terlaris di negara.

 

Proton Persona pula mencatatkan jualan 1,309 unit pada bulan Jun, menduduki tempat kedua teratas untuk bulan tersebut dan mengekalkan kedudukannya sebagai model sedan segmen B yang kedua terlaris tahun ini.- DagangNews.com