Pusat 3S Nissan NRC dibuka di Kota Bharu | DagangNews Skip to main content

Pusat 3S Nissan NRC dibuka di Kota Bharu

Pusat 3S Nissan NRC

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menerusi pengedar baharunya, Edaran Nuri Sdn. Bhd. melancarkan pusat 3S baharu di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, pusat terbaharu itu turut mengguna pakai Nissan Retail Concept (NRC).

"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dan penting bagi kami bekerjasama dengan pengedar untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada mereka (pelanggan). 

"NRC merupakan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan tawaran selepas jualan sebaik sahaja mereka sampai di pusat 3S," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pusat 3S Nissan NRC

Pusat 3S Nissan NRC baharu itu menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dalam meneroka jenama Nissan.

Bahagian luaran diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah ikonik, manakala ruang jualan dan rundingan 'Nissan Drive' mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh mesra dan selesa.

Terletak di Lot 6621, KM10, Jalan Pasir Puteh, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, pusat tersebut memiliki keluasan 12,260 kaki persegi dengan kapasiti untuk mempamer lima model Nissan dan tiga ruang servis.

Pusat 3S Nissan NRC

Ruangan servis tersebut mampu menyelenggara hingga 15 buah kenderaan pada setiap hari.

Selain itu, pusat tersebut juga turut diberi kemudahan tambahan termasuk ruang rehat moden seperti kafe, wifi percuma, dan sudut kanak-kanak.

Tambah Tan, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bilik pameran dan pusat servis Nissan turut mengamalkan pemeriksaan suhu badan dan penjarakan fizikal kepada semua kakitangan dan pelanggan.

"Kakitangan Nissan akan memakai pelitup muka. Pelanggan pula boleh mendapatkan pelitup muka, sarung tangan dan pembersih tangan secara percuma.

Pusat 3S Nissan NRC

"Inisiatif nyahjangkitan kerap dilakukan sepanjang hari merangkumi setiap titik sentuhan termasuk kenderaan paparan dan pandu uji. Dalam tempoh ini, pembayaran tanpa sentuhan adalah digalakkan," jelasnya lagi.

Pusat 3S edaran Nuri Sdn. Bhd. itu beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis (termasuk cuti umum) pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. 

Manakala pada Jumaat adalah dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bersambung semula pada 2.30 petang hingga 5.30 petang. - DagangNews.com