Pusat Pemberian Vaksin IDCC, Shah Alam ditutup 13 Julai 2021 untuk kerja sanitasi | DagangNews Skip to main content

Pusat Pemberian Vaksin IDCC, Shah Alam ditutup 13 Julai 2021 untuk kerja sanitasi

SHAH ALAM 13 Julai - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre atau IDCC di sini ditutup hari ini, susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

 

Langkah segera penutupan IDCC itu diambil berikutan keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi, bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

 

"Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 supaya membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan saringan COVID-19.

 

"Janji temu yang telah diberikan pada hari ini, akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin," kata CITF dalam kenyataan di sini awal pagi ini.

idcc

Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan boleh hubungi 03-88934303 untuk sebarang pertanyaan. - DagangNews.com