Ramssol, Ramco System meterai kerjasama strategik bagi mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara | DagangNews Skip to main content

Ramssol, Ramco System meterai kerjasama strategik bagi mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ramssol Group Bhd menerusi RAMS Solutions Sdn Bhd memeterai kerjasama strategik dengan Ramco Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ramco System yang berpangkalan di India.

 

Dalam kenyataan bersama, Ramssol dan Ramco berkata, kerjasama itu tersebut menandakan kemajuan penting bagi kedua-dua pihak, menunjukkan hubungan kuat yang bersedia untuk meneroka bahagian pasaran yang besar.

 

"Sebagai sebahagian daripada usahasama itu, Ramssol akan mengedar, menjual semula, dan melaksanakan aplikasi korporat Ramco, terutamanya Ramco Payce yang baru dilancarkan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI-ML), di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, dan Filipina," katanya.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ramssol, Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng berkata, kerjasama strategik dengan Ramco merupakan penambahbaikan yang penting kepada tawaran perkhidmatan syarikat.

 

ramssol
Sundar Subramanian (kiri) dan Datuk Seri Cllement Tan Chee Seng (kanan) memeterai kerjasama antara Ramco System serta Ramssol Group bagi meluaskan pasaran perniagaan kedua-dua kumpulan di Asia Tenggara dalam satu majlis di ibu negara, baru-baru ini.

 

"Aplikasi korporat Ramco dijangka mendapat sambutan yang baik di pasaran, memperkuatkan lagi kedudukan kami di rantau ini.

 

"Pemahaman mendalam kami terhadap pasaran Asia Tenggara dan rekod prestasi cemerlang menjadikan kami rakan yang sesuai bagi Ramco yang ketika ia cuba untuk mengukuhkan kedudukan dan bersama-sama menuju matlamat jualan sebanyak AS$10 juta dalam jangka masa yang ditetapkan," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ramco,  Sundar Subramanian berkata bahawa kerjasama strategik itu akan memperkuatkan kehadiran kumpulan di Asia dan mendorong pertumbuhan yang ketara. - DagangNews.com