Ranhill dijangka terlibat dengan satu lagi projek loji CCGT berkapasiti 100MW, kata MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Ranhill dijangka terlibat dengan satu lagi projek loji CCGT berkapasiti 100MW, kata MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 April - Ranhill Utilities Berhad berminat untuk terlibat dalam satu lagi projek loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) berkapasiti 100MW yang dijangka memulakan operasi komersial (COD) pada 2025.

 

MIDF Research berkata, ia adalah perancangan untuk Sabah yang menyasarkan untuk menambah jumlah kapasiti baharu 552MW antara 2024 hingga 2027 yang terdiri daripada gabungan CCGT dan loji kuasa hidro.

 

"Permintaan tenaga dijangka meningkat dalam dua tahun akan datang dengan pentauliahan kilang pembuatan kerajang tembaga EV SK Nexilis di KKIP tahun ini dan kilang pembuatan kaca PB Kibing Group pada 2024.

 

"Kedua-dua loji ini akan meningkatkan permintaan sebanyak 14% (150MW) berbanding permintaan puncak semasa sebanyak 1046MW," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Ranhill Capital Sdn. Bhd. (RCSB) telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) bahawa konsortiumnya dengan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) memenangi bidaan untuk loji kuasa 100MW di Pantai Barat Sabah.

 

Projek itu melibatkan reka bentuk, pembinaan, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan loji CCGT berkapasiti 100MW secara binaan, sendiri, kendalikan dan pemindahan.

 

BACA JUGA: Konsortium Ranhill, SEC raih bidaan projek loji kuasa 100MW di Sabah

 

Firma itu berkata, perkembangan terbaharu itu adalah positif dan menggariskan tetang pertumbuhan sektor kuasa kumpulan itu di Sabah.

 

Firma itu berkata, pihaknya akan melihat untuk mengambil kira nilai tambahan daripada loji CCGT berdasarkan kemajuan pembinaan loji.

 

"Secara umumnya, kami terus menyukai kumpulan itu kerana prospek pengembangan dalam bekalan air sumber ke paip Indonesia (kapasiti 605MLD) dan projek LSS4 yang dijangka mencapai COD menjelang Disember 2023. 

 

"Penyelesaian penaiktarafan talian penghantaran Sabah Barat-Timur yang sepatutnya memacu penghantaran lebih tinggi dari RP1/RP2 ke Pantai Timur Sabah, potensi kenaikan tarif air untuk sektor domestik dan potensi penyertaan dalam Program Kuasa Hijau Korporat," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran tidak berubah (TP) 70 sen sesaham. - DagangNews.com