RHB Investment unjur TIV 2024 susut sebanyak 22% kepada 625,000 unit | DagangNews Skip to main content

RHB Investment unjur TIV 2024 susut sebanyak 22% kepada 625,000 unit

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Mac - RHB Investment mengunjurkan jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) pada tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 22% kepada 625,000 unit berbanding 800,000 unit pada tahun lalu.

 

Katanya, walaupun mengunjurkan TIV yang lebih lemah pada tahun ini tetapi, mereka percaya bahawa hasil bagi suku pertama 2024 adalah lebih kukuh disebab pengeluar kenderaan memenuhi pesanan tertunggak mereka.

 

Bagaimanapun jualan dari suku tahun ke suku tahun dijangka lebih lemah kerana faktor musim.

 

Katanya, pelonggaran tunggakan pesanan pasaran utama seperti Perodua dan Toyota menyokong jangkaan bahawa TIV tahun ini mungkin selepas dua tahun mencatatkan rekod tertinggi berturut-turut iaitu pada 2022 serta 2023.

 

"Kami mengunjurkan bahawa TIV pada 2024 adalah pada paras 625,000 unit walaupun Januari menunjukkan jualan kukuh

 

"Kami percaya jualan kukuh semasa hanya memberi bayangan bahawa pengeluar kenderaan hanya menghabiskan tunggakan pesanan.

 

"Kadar TIV semasa mungkin tidak dapat dikekalkan kerana jenama utama seperti Perodua dan Toyota menyaksikan penurunan dalam pesanan tertunggak mereka daripada 190,000 unit dan 52,000 unit pada Mei 2023 kepada 128,000 unit dan 28,000 unit pada akhir Disember 2023," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

RHB Investment berkata, berdasarkan prestasi TIV yang lebih lemah apabila normalisasi jumlah jualan berlaku.

 

Firma penyelidikan itu memilih Bermaz Auto Bhd sebagai pilihan utama kerana percaya bahawa juaan kenderaannya kekal berdaya tahan berbanding jenama lain.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor itu.

 

"Bagaimanapun sektor itu berdepan pelbagai cabaran termasuk pesanan dan penghantaran yang lebih perlahan daripada jangkaan dan kemungkinan isu rantaian bekalan berbangkit semula," katanya. - DagangNews.com