Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Ringgit kembali meningkat dalam dagangan pagi ini pada RM4.0380/0415 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Menurut HLIB Research, di sebalik kenaikan hasil bon, dolar AS masih kekal terjejas ekoran sentimen yang kukuh. 

 

"Kami mengubah pandangan neutral kepada lemah terhadap nilai dolar AS/ringgit dengan menjangkakan ia dipacu oleh pergerakan dolar AS.

 

"Kemungkinan ia akan berlegar pada paras RM4.0250 hingga RM4.0600," katanya dalam nota kajian hari ini. 

 

Bagaimanapun, menurut firma itu, data eksport dan indeks harga pengguna di Malaysia tidak banyak mempengaruhi pergerakan dalam pasaran. 

 

Semalam, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan pemangkin positif bagi unit tempatan itu.

 

Ringgit berada pada paras RM4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada RM4.0380/0430 ketika ditutup Jumaat lalu. - DagangNews.com