Rockwills catat keputusan cemerlang rekod lebih 3,000 wasiat pada Mac 2023 | DagangNews Skip to main content

Rockwills catat keputusan cemerlang rekod lebih 3,000 wasiat pada Mac 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 April - Rockwills International Group mencatatkan keputusan suku pertama yang cemerlang pada tahun ini dengan lebih 3,000 wasiat ditulis pada Mac 2023 dan ia merupakan rekod baharu dalam sejarah 28 tahun syarikat itu.

 

Syarikat itu melaporkan kenaikan 35% tahun ke tahun dalam bilangan wasiat yang ditulis pada suku pertama tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azhar Iskandar Hew berkata, prestasi kukuh itu didorong oleh kesedaran yang lebih tinggi tentang kepentingan perancangan harta pusaka yang penting untuk pengurusan kekayaan dan perancangan kewangan individu.

 

"Mendidik orang ramai tentang keperluan wasiat bukan cabaran sebenar pada ketika ini tetapi memastikan mereka tidak menagguhkan proses berkenaan.

 

“Pandemik COVID-19 membantu mendorong lebih ramai (orang) bertindak dan merancang lebih awal untuk melindungi masa depan orang tersayang mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kumpulan itu berkata, peningkatan kesedaran orang ramai kepada pandangan jauh mereka sendiri untuk melancarkan inisiatif pengembangan seperti menubuhkan lebih banyak cawangan di dalam dan luar negara.

 

Rockwills juga menyediakan bantuan kepada perniagaan Malaysia dengan pelaburan rentas sempadan - dari China, India, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

“Pelaburan luar negara membawa satu set cabaran yang berbeza. 

 

"Adalah sesuatu yang penting bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pelaburan dan hartanah asing untuk mempunyai wasiat asing yang disediakan oleh pakar di lapangan untuk memastikan pematuhan undang-undang tempatan bagi melaksanakan perkara itu dengan cepat,” kata Azhar.

 

Pada masa sama, Rockwills akan menumpukan pada inisiatif pendidikannya untuk meningkatkan kesedaran tentang perancangan harta pusaka untuk semua kumpulan umur.

 

Syarikat itu telah berusaha untuk mempromosikan pelbagai produk inovatif, seperti aset digital dan haiwan peliharaan secara wasiat dan amanah, untuk menawan generasi muda.

 

Sejak penubuhannya pada 1995, Rockwills telah menulis lebih daripada 300,000 wasiat dan 16,000 amanah, dan memegang lebih daripada RM25 bilion aset di bawah amanah. - DagangNews.com