Saham Serba Dinamik jatuh di bawah 60 sen | DagangNews Skip to main content

Saham Serba Dinamik jatuh di bawah 60 sen

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
editor@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 14 Jun - Saham Serba Dinamik Holdings Bhd. terus menyusut jatuh di bawah 60 sen dalam dagangan pagi ini. 

 

Setakat 10.11 pagi, sahamnya susut 7.44% kepada 56 sen sesaham. 

 

Pada penutupan Jumaat lalu, saham Serba Dinamik jatuh serendah 60.5 sen.

 

Serba Dinamik dijangka mengumumkan pelantikan tiga anggota Lembaga Pengarah baharu hari ini dengan seorang daripadanya memiliki latar belakang perundangan.

 

DagangNews.com turut difahamkan, Serba Dinamik juga bakal mengumumkan pelantikan firma bebas daripada 4 firma audit terkemuka antarabangsa.

 

Langkah tersebut adalah sebagai reaksi terhadap isu yang dibangkitkan oleh Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC) dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) yang memandang serius cadangan syarikat itu mahu menukar auditor awal bulan ini.


Baca : Serba Dinamik lantik firma audit bebas, 3 anggota lembaga pengarah baharu

 

Pelantikan firma bebas antarabangsa untuk meneliti pelbagai isu yang dibangkitkan oleh KPMG adalah sangat penting dan tidak seharusnya dilengah-lengahkan bagi mengembalikan keyakinan pemegang saham dan pemegang taruh syarikat, kata penasihat ICC, Lya Rahman . - DagangNews.com