Samsung Galaxy A51: Storan berbeza tapi harga sama RM1,399 | DagangNews Skip to main content

Samsung Galaxy A51: Storan berbeza tapi harga sama RM1,399

Samsung Galaxy A51

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Peminat peranti elektronik Samsung berpeluang untuk memiliki telefon pintar Samsung Galaxy A51 dengan kapasiti storan yang lebih tinggi sebanyak 256GB tanpa perlu membuat pembayaran tambahan.

Samsung Malaysia berkata, storan berkapasiti 256GB turut ditawarkan pada harga yang sama dengan storan yang dikeluarkan sebelumnya iaitu 128GB.

"Mulai 6 November 2020, dapatkan Galaxy A51 256GB dengan harga 128GB iaitu pada harga pasaran yang disyorkan RM1,399," jelas Samsung Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan kelebihan tersebut, pelanggan berpeluang untuk terus memuat turun lebih banyak kandungan yang diinginkan selain mengurangkan padaman kandungan yang digemari dalam peranti elektronik berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, pengguna juga turut ditawarkan dengan kelebihan untuk menambahkan lagi kapasiti storan peranti berkenaan kepada 512GB.

Kelebihan itu dapat dicapai dengan menggunakan kad MicroSD.

 

Samsung Galaxy A51

 

"Anda boleh menambah lagi storan dengan 512GB kad MicroSD.

"Jika anda sentiasa 'one the-go' dan kerap memuat turun fail-fail seperti muzik, video, gambar atau aplikasi-aplikasi media, inilah jawapan anda," tambah Samsung lagi.

Samsung Galaxy A51 tampil dengan kecanggihan paparan HD penuh dan Super AMOLED yang dilengkapi pada lubang kecil kamera selfie 32MP.

Kelebihan itu memberi pengalaman rakaman yang lebih jelas dan mengagumkan.

Bagi tujuan merakam gambar biasa, peranti berkenaan disertakan dengan kamera quad dengan kelebihan kamera utama 48MP, lensa sudut ultra lebar 12 MP, lensa makro 5Mp dan sensor dalaman 5MP.

Peranti berkenaan turut dicipta dengan sel 4.000 mAh yang menjanjikan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Bagi Galaxy 256GB, model berkenaan tersedia dalam tiga pilihan warna berbeza iaitu Prism Crush Black, Prism Crush Blue dan Haze Crush Silver. - DagangNews.com