Sedania terima penyelesaian RM1.5 juta | DagangNews Skip to main content

Sedania terima penyelesaian RM1.5 juta

 

 


KUALA LUMPUR 14 Jun - Sedania Technologies Sdn. Bhd. hari ini menerima penyelesaian undang-undang berjumlah RM1.5 juta setelah mengemukakan tuntutan sivil pada November 2019.

 

Tuntutan itu difailkan terhadap sebuah pihak bagi menuntut hutang yang sudah lama tertunggak.

 

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, Sedania telah memenangi tuntutan itu dan menerima keputusan yang berpihak kepadanya pada Ogos 2020.

 

"Sehubungan itu, hari ini kami mengumumkan pihak berkenaan telah bersetuju untuk membayar sebanyak RM1.5 juta kepada Sedania sebagai penyelesaian penuh dan akhir," katanya. 

 

Jumlah tertunggak yang telah terjejas sepenuhnya pada 2018 akan dimasukkan dalam pendapatan lain pada suku kedua dan ketiga 2021, sekali gus menyumbang secara langsung kepada kewangan sukuan syarikat.

 

Sedania baru-baru ini merekodkan pendapatan sukuan tertinggi sebanyak RM17.1 juta dan keuntungan bersih RM4.2 juta sejak disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 2015.

 

Jurucakap syarikat itu menyifatkan, penyelesaian itu adalah perkembangan positif yang akan menyumbang kepada momentum prestasi dan kelestarian syarikat. - DagangNews.com