Segerakan kerja-kerja pembaikan tanah runtuh Bukit Tangga - PM | DagangNews Skip to main content

Segerakan kerja-kerja pembaikan tanah runtuh Bukit Tangga - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat tinjauan terhadap kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu selain akan membuat lawatan ke beberapa PPS di Negeri Sembilan, hari ini. - Gambar - BERNAMA

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 21 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu dipercepatkan bagi memudahkan urusan harian orang ramai.

 

Beliau berkata, ppihak kerajaan sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja secepat mungkin supaya akses Jelebu-Seremban dapat disambung semula kepada pengguna.

 

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan memastikan jalan utama tersebut selamat untuk digunakan, sebaik sahaja proses pembersihan selesai.

 

"Kini saya dan pasukan berada di Jelebu bagi meneliti kejadian tanah runtuh yang berlaku. Saya juga dimaklumkan mangsa-mangsa yang terperangkap telah ditemui dan berjaya dibawa keluar. Mereka sedang menjalani rawatan susulan.

 

"Kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dilakukan oleh JKR dan saya akan pastikan hal kebajikan mangsa yang terlibat akan diberi perhatian. 

 

"Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam misi ini," katanya menerusi lama Tweeter rasminya, hari ini.

 

runtuh
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Negeri Sembilan berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari. - Gambar- BERNAMA

 

Bencana banjir menyebabkan berlakunya beberapa insiden tanah dan jalan runtuh turut berlaku di Negeri Sembilan melibatkan Jalan Sendayan-Jimah Port Dickson (jalan runtuh); Jalan Sungai Gadut (tanah runtuh) dan Breakwater runtuh di Port Dickson. 

 

Selain meninjau kerja-kerja pembaikan jalan itu, Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) di negeri itu bagi melihat keadaan mangsa yang terkesan akibat banjir. - DagangNews.com