Segmen perubatan diunjur jadi pemacu utama pertumbuhan pendapatan Supercomnet bagi FY24 | DagangNews Skip to main content

Segmen perubatan diunjur jadi pemacu utama pertumbuhan pendapatan Supercomnet bagi FY24

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Mac - Segmen perubatan diunjur menjadi pemacu utama kepada peningkatan pendapatan Supercomnet Technologies Bhd bagi tahun kewangan 2024 (FY24). 

 

TA Securities menjangkakan segmen perubatan terus berkembang dengan kumpulan itu berhasrat mengembangkan jualan kepada pelanggan sedia selain pengeluaran produk serta peranti perubatan baharu bagi meningkatkan margin kumpulan. 

 

Pelanggan utama seperti Edward Lifesciences Corp (ELC) yang tersenarai di New York dan Ambu yang berpangkalan di Denmark dijangka meningkatkan pesanan mereka.

 

“Bagi ELC, kami menjangkakan jualan meningkat sebanyak 8.2% pada FY24, dipacu oleh kabel pintar. Bagi Ambu, pemulihan jualan pada suku keempat 2023 kepada pendapatan RM12.5 juta (pesanan kembali kepada 95%-98% daripada tahap wabak) berkemungkinan akan berterusan pada tahun ini dengan sedang mengembangkan  kilang Mexico.

 

“Selain itu, sumbangan daripada pelanggannya, IHS, mungkin bermula pada separuh kedua tahun ini. Isu semasa dengan pengawal aliran telah diselesaikan dengan keputusan positif yang Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

 

“Supercomnet telah menerima kelulusan FDA untuk empat produk IHS (pengawal IV intravena, tiub kadar tetap, set jarum picagari dan set pentadbiran subkutaneus OneSett)," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, tempahan daripada pelanggan terkemukanya, Mermaid Medical akan dihentikan pada April adan akan disambung semula pada September ini selepas masalah dalam diselesaikan.

 

Ia bagaimanapun tidak memberi kesan ketara kepada kumpulan itu kerana Mermaid menyumbang kurang daripada 5% daripada hasil Supercomnet bagi FY22/23.

 

"Untung bersih FY23 kumpulan itu menyusut 9.6% kepada RM29.7 juta, kesan daripada hasil yang lebih lemah sebanyak 12.8% kepada RM138.1 juta.

 

“Kami mengaitkan keputusan yang lebih lemah kepada pendapatan yang lebih rendah daripada segmen industri dan automotif. 

 

"Di samping itu, keuntungan bersih dipengaruhi oleh tarif elektrik yang lebih tinggi dan perbelanjaan sekali sahaja berkaitan pemindahan Pasaran Utama sebanyak RM1 juta,” katanya.

 

TA Securities mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.46 sesaham. - DagangNews.com