Sektor runcit dijangka pulih pada 2H20 | DagangNews Skip to main content

Sektor runcit dijangka pulih pada 2H20

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Sektor runcit dijangka pulih pada separuh kedua 2020 didorong oleh penggunaan tempatan.

Jumlah jualan pula akan pulih sehingga 80% daripada paras sebelum COVID-19 pada suku keempat. Ketika ini, jualan mencatatkan kadar 70%.

Dalam pada itu, kadar pengangguran Malaysia pada Jun 2020 menurun kepada 4.9% daripada rekod tertinggi sebanyak 5.3% pada Mei 2020.

Ini adalah berikutan pelbagai sektor beroperasi semula bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19. 

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penurunan kadar pengangguran itu membuktikan ekonomi negara sedang pulih.

 

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed. - Gambar oleh MalayMail

 

“Melihatkan kepada perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua, sektor berkenaan kembali normal dengan penggunaan tempatan menjadi pendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. 

Oleh itu, beliau menyarankan supaya rakyat Malaysia terus menyokong produk tempatan memandangkan industri pelancongan masih lagi ditutup. 

Mustapa yakin negara akan terus pulih pada suku ketiga dan keempat tahun ini. 

Baca : Q2 KDNK menyusut 17.1%, terendah sejak 1998

Ini adalah seiring ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2020 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak -3.5% hingga -5.5%.

Pada suku kedua 2020, Malaysia menyaksikan penguncupan KDNK tertinggi sebanyak 17.1% dan negara-negara lain turut mengalami situasi sama akibat ekonomi terjejas ketika penularan COVID-19. - DagangNews.com