KUALA LUMPUR 23 Julai - Kajian Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menunjukkan Selangor dan Terengganu adalah negeri yang paling telus dengan belanjawannya.
Kedua-dua negeri itu memperoleh 76 mata daripada 100 dalam Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2024.
Indeks itu menilai kebolehcapaian dan ketepatan masa dokumen belanjawan, peranan pengawasan dewan undangan negeri dan peluang penyertaan awam dalam proses belanjawan.
Katanya, Terengganu menyediakan data perbelanjaan terperinci sehingga ke peringkat program, memudahkan penelitian awam menyeluruh, menurut Ideas.
Terengganu juga satu-satunya negeri yang secara konsisten menerbitkan belanjawannya.
Selangor dan diikuti Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 69 mata, juga cemerlang dalam menyediakan pecahan perbelanjaan mengurus mengikut klasifikasi ekonomi, kata Ideas.
Ideas turut berkata, Kedah dan Kelantan menduduki tempat paling rendah, dengan hanya 18 mata setiap negeri, kerana mereka tidak menyediakan sebarang dokumen cadangan bajet eksekutif umum.
Selain itu, Kelantan juga merupakan negeri yang melindungi dokumen cadangan bajet eksekutif utamanya di laman web rasmi kerajaan negeri, ia tidak boleh diakses oleh orang ramai dan menghalang markahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Tricia Yeoh pada majlis pelancaran MyOBI 2024 berkata, dasar dan politik di peringkat Persekutuan sering mendapat lebih perhatian tetapi adalah penting untuk memastikan demokrasi turut digerakkan dan dirasai di peringkat negeri.
Beliau juga menegaskan tentang maklumat terhad mengenai perbelanjaan kerajaan negeri dan projeknya.
Ideas menekankan ketelusan belanjawan adalah penting untuk meningkatkan tadbir urus, memupuk akauntabiliti dan membina kepercayaan dalam demokrasi.
“Belanjawan yang jelas dan komprehensif membantu membina kepercayaan institusi, menggalakkan keadilan dan kesaksamaan.
"MyOBI memastikan orang awam dan masyarakat sivil maklum tentang belanjawan negerinya serta menggalakan mereka menyumbang secara bermakna.
"Kami amat percaya bahawa penglibatan kerajaan negeri akan membantu mencegah penyelewengan dan salah urus sumber, ini akan memberi kesan kepada penggunaan dana awam yang lebih cekap dan berkesan," ulas Yeoh.
Sementara itu, beliau turut menggalakkan kerajaan negeri menerbitkan semua dokumen bajet tepat pada masanya, terutamanya anggaran hasil dan perbelanjaan, bagi memudahkan pengesanan perbelanjaan dan hasil awam.- DagangNews.com