Sheng Tai sasar FDI RM1 bilion menerusi Menara Kebudayaan China-Melaka | DagangNews Skip to main content

Sheng Tai sasar FDI RM1 bilion menerusi Menara Kebudayaan China-Melaka

MELAKA 23 Julai – Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International), syarikat pemaju tempatan yang memenangi anugerah dan mengkhusus di dalam hartanah pelancongan hari ini mengumumkan rancangannya untuk melakukan transformasi ke atas satu daripada sembilan Menara The Sail Melaka menjadi Menara kebudayaan yang pertama di Malaysia.

 

Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower adalah sebahagian daripada projek The Sail Melaka bernilai RM6.5 bilion, sebuah pembangunan strategik yang terletak di Zon Ekonomi Melaka Waterfront (M-Wez). Projek pembangunan itu turut memaparkan hotel mewah 5 bintang dan 6 bintang; kondotel mewah; suite bisnes; pusat beli-belah sejuta kaki persegi serta dataran kebudayaan dengan kedai-kedai menghadap Selat Melaka.

 

Berukuran 350,000 kaki persegi (sqft), menara kebudayaan 61 tingkat itu boleh menempatkan sehingga 1,000 bisnes dari pelbagai industri, termasuk seni dan budaya, baba nyonya, fesyen, makanan, pendidikan dan lain-lain. Saiz setiap suite boleh mencapai hingga 2,000 sqft. Unit-unit ditetapkan harga dari RM500,000 (RMB 764,800) ke atas.  

 

Dato' Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, berkata, "Kami cukup teruja untuk membawa menara kebudayaan unik ini kepada pelabur asing, dengan China sebagai sasaran pasaran yang utama.”

 

"China adalah satu daripada pelabur terbesar Sheng Tai International, mewakili lebih daripada separuh jualan keseluruhan The Sail Melaka. Kami percaya bahawa menara kebudayaan China-Melaka adalah penting untuk menyambungkan kita dengan pelanggan semasa dan pelanggan China yang berpotensi, yang belum dapat melawat projek kita disebabkan larangan bergerak semasa pandemic ini.”

 

Dari segi pelaburan, Dato' Leong menjangkakan menara kebudayaan ini akan menarik pelaburan terus asing (FDI) dari China sebanyak RM1 bilion.

 

"Sheng Tai International akan bekerja rapat dengan Datuk Wira Gan Tian Loo, Duta Khas Melaka ke China, untuk projek ini."

 

"Dengan kenalan luas Datuk Wira Gan diganding pula dengan cadangan unik menara kebudayaan di The Sail Melaka serta permintaan yang semakin bertambah bagi hartanah di bandar dalam norma baharu, kami yakin untuk meluas lebih jauh ke dalam China dan mencapai sasaran FDI dalam tempoh tiga tahun ini."

 

"Kami di Sheng Tai International sentiasa memiliki aspirasi untuk menjulang The Sail Melaka menjadi tempat tumpuan atau hab bagi perniagaan, pendidikan dan pertukaran sosial. Seterusnya, ia kelak dapat melonjakkan ekonomi negeri dan membuka pelbagai peluang pekerjaan untuk orang tempatan. Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower adalah usaha pertama kami,” tambah Dato' Leong.

 

sheng tai
Dato' Leong Sir Ley (kiri) dan Datuk Wira Gan Tian Loo pada sidang media mengenai Maritime Cultural Tower pada Khamis.

 

Datuk Wira Gan Tian Loo juga menaruh keyakinan Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower akan mengukuhkan tarikan negeri Melaka sebagai pilihan utama pelaburan bagi ramai pelabur China.

 

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), China menjadi sumber FDI terbesar bagi Malaysia pada 2020, mencatatkan RM164 bilion dari segi pelaburan yang diluluskan di dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan.

 

"Terdapat banyak projek yang mendorong perkembangan Melaka dan The Sail Melaka adalah satu daripada projek yang paling besar dan berjaya di bawah divisyen kebudayaan. Di sebalik perintah kawalan pergerakan yang berlarutan, Sheng Tai International berjaya memuktamadkan transaksi pembeli asing ke atas The Sail Melaka dengan mengguna pakai alat media sosial dan membentuk perkongsian strategik dengan jenama-jenama antarabangsa. Kesemua mereka meneguhkan komitmen untuk memacu ekonomi negeri,” kata Datuk Wira Gan.

 

The Sail Melaka

Terletak strategik di nadi Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez) seluas 33km, bersebelahan Lebuhraya Pesisir Melaka, The Sail Melaka juga berhampiran Pantai Klebang;

Impression City; Pusat Perubatan Mahkota; Kota A'Famosa; Jonker Street; Bandar Zon Perdagangan Bebas Cheng Ho; Melaka River Cruise; Melaka Gateway dan The Stadthuys, serta banyak lagi.

 

Kemudahan-kemudahan unik pembangunan bercampur ini merangkumi `cincin angkasa’ sepanjanga 500m menyambung kesemua sembilan menara; pusat pameran dan konvensyen seluas 4,090 square meters (sqm); Sky Garden Bercahaya; serta The Moon, pusat experiment berbentuk bujur 360 darjah.

 

Ia juga menampilkan restoran antarabangsa bertema angkas; satu daripada `cincin angkasa’ terpanjang; satu daripada kolam renang di atas bumbung terpanjang di rantau ini; satu daripada bangunan berganda tertinggi dengan setiap satunya mengandungi 61 tingkat, pusat konvensyen paling eksklusif dan paling penting, struktur sembilan menara yang disambung tertinggi.

 

Projek pembangunan bercampur The Sail ini dijadual siap sepenuhnya pada 2024.

 

Bersempena ulang tahun ke-47 hubungan China-Malaysia, Sheng Tai International telah menerbitkan klip video di FB: @shengtaiinternational. - DagangNews.com