Silver Ridge raih kontrak pembinaan jalan bernilai RM6.05 juta di Terengganu | DagangNews Skip to main content

Silver Ridge raih kontrak pembinaan jalan bernilai RM6.05 juta di Terengganu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Dis - Silver Ridge Holdings Berhad menerusi otal SR Web 3.0 Sdn. Bhd. surat anugerah (LOA) bernilai RM6.05 juta bagi menyiapkan baki kerja melibatkan projek pembinaan jalan di Terengganu.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu diterima daripada Tulane Sdn. Bhd. bagi menyiapkan jalan dari Kampung Pak Kancil ke Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Setiu. 

 

"Projek itu dijangka bermula secepat mungkin dan dijangka siap pada 8 September 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Katanya, skop kerja LOA itu termasuk dalam urusan perniagaan biasa.

 

Surat Anugerah tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas modal diterbitkan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham yang besar, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat.

 

Projek itu bagaimanapun akan menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. - DagangNews.com