SKS Airways bakal mulakan operasi selepas terima ASL daripada MAVCOM | DagangNews Skip to main content

SKS Airways bakal mulakan operasi selepas terima ASL daripada MAVCOM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Jan - Syarikat penerbangan komersial baharu, SKS Airways bakal memulakan operasi mereka dalam masa tedekat selepas menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Januari 2022.

 

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad berkata, dua tahun kebelakangan ini industri penerbangan dan pelancongan terjejas teruk akibat penularan COVID-19 namun ia sedang menunjukkan potensi untuk kembali membangun.

 

"Kami di SKS Airways sentiasa bekerja keras dalam tempoh sukar ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memberi fokus kepada destinasi yang jarang atau tidak dilalui.

 

"Menerusi penerimaan ASL, kami secara rasmi sudah memulakan perniagaan dan bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pada masa sama menjaga stadrad kebersihan serta keselamatan kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

SKS Airways merupakan syarikat penerbagan terbaharu di Malaysia yang menerima ASL.

 

Pemegang ASL dikehendaki menghantar penumpang, surat atau kargo berdasarkan kepada jadual tetap menggunakan udara antara ke destinasi khusus selagi mana ia berada dalam kawasan Malaysia.

 

terbang

 

ASL hanya akan diberikan kepada pemohon yang memiliki Perakuan Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mana SKS Airways sudah menerimanya pada 1 Oktober 2021.

 

terbang

 

SKS Airways ditubuhkan pada 13 November 2017 dan ia merupakan sebahagian daripada syarikat SKS Group.

 

SKS Group ditubuhkan pada 1983 dan memiliki perlbagai perniagaan termasuk hartanah, pelaburan, hospitaliti dan pinjaman kredit di Malaysia dan Australia. - DagangNews.com