SLP Resources diunjur terus berdepan cabaran ketidakseimbangan bekalan-permintaan produk pembungkusan plastik | DagangNews Skip to main content

SLP Resources diunjur terus berdepan cabaran ketidakseimbangan bekalan-permintaan produk pembungkusan plastik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Mei - Public Investment Bank (PublicInvest) mengunjurkan SLP Resources Bhd terus berdepan cabaran disebabkan ketidakseimbangan bekalan-permintaan global terhadap produk pembungkusan plastik.

 

Katanya, bagaimanapun keadaan itu dilihat mula mencatatkan peningkatan beransur-ansur dalam persekitaran operasi yang lebih baik pada tahun ini.

 

Firma penyelidkan itu berkata, inflasi keseluruhan semakin berkurangan dan eksport Malaysia dijangka mengukuh seiring dengan pemulihan industri semikonduktor.

 

"Selain itu, produk pembungkusan kumpulan yang baru dibangunkan telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan dan bersedia untuk memasuki pasaran baharu.

 

"Bagaimanapun, produk ini tidak dijangka menyumbang dengan ketara kepada pendapatan kumpulan pada masa ini," katanya dalam satu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih SLP Resources pada 1QFY24 melonjak 63% kepada RM4.9 juta

 

Terdahulu, hasil 1QFY24 kumppulan meningkat 1% apabila jualan ke Jepun lebih tinggi (+38%) terutamanya untuk beg sampah, mengimbangi jualan domestic dan Australia yang lemah.

 

Pada FY23, Jepun, Malaysia dan Australia masing-masing menyumbang 29%, 65% dan 3% daripada jumlah jualan SLP.

 

Bagaimanapun, untung bersih terasnya melonjak 64% disokong campuran produk yang lebih baik, dengan bahagian yang lebih besar bagi jualan pembuatan margin lebih tinggi berbanding perdagangan resin margin rendah dan skala ekonomi yang lebih baik pada jumlah pengeluaran yang lebih tinggi.

 

Firma penyelidikan itu berkata, keputusan itu adalah selaras dengan unjuran serta konsensus dengan masing-masing menyumbang 28% dan 29% daripada anggaran tahun penuh. 

 

"Kami mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) 86 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com