Sokongan rakyat terhadap PN semakin meningkat, kata Muhyiddin | DagangNews Skip to main content

Sokongan rakyat terhadap PN semakin meningkat, kata Muhyiddin

Oleh Liza Abdullah Yusuf

KUALA LUMPUR 15 Nov - Perikatan Nasional (PN) yakin rakyat sudah menerima PN dan memberi sokongan penuh merajui negara sekali gus menolak Berisan Nasional (BH) dan Pakatan Harapan (PH).

 

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkembangan pilihan raya kali ini, ternyata PN mendapat sambutan. Sokongan ini dizahirkan dengan kehadiran ribuan hadirian pada setiap kali program Jelajah PN best seluruh negara.

 

“Alhamdulilah saya sangat bersyukur dan dapat rasakan rakyat sudah mula sedar dan bijak untuk memilih pemimpin berwibawa dan amanah. Ini petanda awal rakyat sudah menerima PN.

 

“Saya juga perhatikan sambutan semakin baik selepas PN mengumumkan semua calon dan pelancaran manifesto yang komprehensif,” katanya pada majlis penyerahan handbook Valimai kepada ketua komuniti dan badan bukan kerajaan di sini pada Isnin.

 

Muhyiddin berkata, tawaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bersasar kepada Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS), yang mana rakyat yakin semua itu dapat dilaksanakan. 

 

“Tawaran ini mencerminkan prihatin PN akan keluhan rakyat yang begitu memerlukan. Tuan tuan dan puan puan sekalian, terjemahkan sokongan anda dengan mengundi calon daripada PN demi kelangsungan politik yang lebih stabil, amanah dan berwibawa,” katanya.

 

Handbook berjudul Valimai bermaksud kekuatan dalaman, terbitan ini adalah terjemahan akan segala usaha murni yang dilakukan kerajaan ketika dunia berhadapan pandemik, krisis kesihatan dan pergolakan politik.  

 

Ketika kerajaan berhadapan dugaan getir, pengambil alihan pucuk pimpinan tertinggi bukan satu perkara mudah ketika kerajaan berhadapan pelbagai cabaran ketika itu. 

 

Valimai ini memberi sokongan kuat kepada Perikatan Nasional (PN) yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama kaum India ketika negara berhadapan krisis. 

 

Nescaya sekiranya PN menang dalam PRU15 ini, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan kaum India.

 

PN juga akan menambah baik Bajet 2023 dengan peruntukan RM100 juta bagi pembangunan usahawan India. - DagangNews.com