Stok minyak sawit hanya meningkat 1.5% pada Mei | DagangNews Skip to main content

Stok minyak sawit hanya meningkat 1.5% pada Mei

 

 

KUALA LUMPUR 10 Jun - Inventori minyak sawit Malaysia pada Mei berkembang dengan kadar yang kecil berbanding jangkaan disebabkan pengeluaran yang perlahan manakala penggunaan domestik meningkat. 

 

Paras stok meningkat hanya 1.5% berbanding bulan sebelumnya kepada 1.57 juta tan metrik, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia, seperti dilapor Bloomberg hari ini.

 

Jumlah itu lebih rendah daripada 1.63 juta tan merik, iaitu unjuran yang dibuat oleh kaji selidik Bloomberg.

 

Bagaimanapun, pada paras tersebut, ia masih mengekalkan peningkatan bagi bulan ketiga dan paras tertinggi sejak Oktober.

 

Pengeluaran minyak sawit mentah pula meningkat 2.8% kepada 1.57 juta tan metrik, juga tertinggi sejak Oktober, berbanding anggaran sebelum itu, 1.56 juta tan metrik. 

 

Ini menyaksikan penurunan yang ketara daripada pertumbuhan 7% pada April dan 28% pada Mac, sekali gus menyekat  penambahan inventori yang lebih besar.

 

Eksport pula menyusut 6% kepada 1.27 juta tan metrik, berbanding anggaran 1.35 juta tan metrik sebelum ini.

 

Menurut Pengarah Pelindung Bestari, syarikat pembrokeran di Selangor, Paramalingam Supramaniam berkata, kebanyakan penganalisis menambat stok akhir yang lebih tinggi, justeru, angka sebenar pada Mei agak mengejutkan.

 

Berdasarkan laporan MPOB, import juta susut 19% pada Mei berbanding bulan sebelumnya.

 

Pemilik Palm Oil Analytics di Singapura, Sathia Varga berkata, penggunaan tempatan dijangka meningkat 96% berikutan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. - DagangNews.com