SUK Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Bintulu Port baharu | DagangNews Skip to main content

SUK Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Bintulu Port baharu

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd berkuat kuasa 3 Ogos 2023.

 

Dalam makluman Bursa Malaysia, Bintulu Port berkata, bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani telah meletak jawatan daripada lembaga pengarah selepas berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif selama hampir sembilan tahun.

 

Mohamad Morshidi, 66, memulakan kerjaya perkhidmatan awam sebagai pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). 

 

Beliau berkhidmat dengan DBKU selama 10 tahun sehingga 1998, sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan kanan di Jabatan Ketua Menteri selama tiga tahun.

 

Pada 2001, beliau dilantik sebagai setiausaha tetap di Kementerian Pembangunan Sosial dan Pembandaran Sarawak. 

 

Selepas itu, beliau dilantik sebagai pengarah unit perancangan negeri Sarawak sebelum dinaikkan pangkat sebagai timbalan setiausaha kerajaan negeri. 

 

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai setiausaha kerajaan negeri pada 2009, jawatan yang disandangnya sehingga 2019.

 

Dalam pada itu, Bintulu Port turut mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf@Yusup sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam kumpulan itu, berkuat kuasa 21 Julai 2023. - DagangNews.com