Syarat kelayakan bantuan one-off RM3,000 syarikat pelancongan ditambah baik | DagangNews Skip to main content

Syarat kelayakan bantuan one-off RM3,000 syarikat pelancongan ditambah baik

Pelancongan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menambah baik syarat kelayakan Bantuan Khas RM3,000 kepada syarikat pengendali pelancongan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada 17 Mac lalu.

 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan lebih banyak golongan sasar dapat menerima manfaat. 

 

"MOTAC berharap dengan penambahbaikan syarat kelayakan Pemerkasa ini, lebih banyak syarikat pengendali pelancongan dapat tampil dan mengemukakan permohonan untuk menerima bantuan kewangan yang disediakan.

 

"Sehubungan itu, MOTAC menyeru kepada syarikat pengendali pelancongan untuk mengambil peluang yang ditawarkan ini dengan sebaiknya," jelas MOTAC dalam satu kenyataan.

 

Bantuan khas tersebut diumumkan pada 17 Mac 2021 untuk membantu meringankan beban syarikat yang terkesan dengan wabak COVID-19. 

 

Sehingga kini, sebanyak 2,568 buah syarikat pengendali pelancongan telah menerima bantuan kewangan itu yang melibatkan penyaluran bantuan kewangan berjumlah RM7.704 juta.

 

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah MOTAC;

.

 

.

 

Tambah MOTAC lagi, permohonan bagi inisiatif berkenaan telah ditetapkan sehingga 15 Julai 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. - DagangNews.com