Syarikat pemula Indonesia, GoTo merupakan IPO teknologi bersaiz besar paling teruk di dunia tahun ini | DagangNews Skip to main content

Syarikat pemula Indonesia, GoTo merupakan IPO teknologi bersaiz besar paling teruk di dunia tahun ini

JAKARTA 2 Dis - Prestasi penjualan saham pasca tawaran awam permulaan (IPO), GoTo Group merupakan yang paling teruk dalam kalangan 11 syarikat teknologi yang meraih dana melebihi AS$500 juta (RM2.2 bilion) bagi jualan saham pertama tahun ini.

 

Bloomberg melaporkan, saham syarikat pemula penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dan fintech Idonesia jatuh untuk sesi ke-10 berturut-turut, menyebabkan mereka mengalami kerugian sejak penyenaraian kepada 61%.

 

Kemerosotan itu adalah kesan daripada penyokong seperti Alibaba Group Holding Ltd dan SoftBank Group Corp akan menjual kepentingan mereka dengan saham berkenaan jatuh pada paras yang dibenarkan bursa pada setiap hari dalam minggu itu. 

 

Beberapa syarikat teknologi yang disenaraikan sejak 18 bulan lalu, seperti Zomato Ltd di India dan SenseTime Group Inc di Hong Kong, menyaksikan saham mereka menjunam sebaik pelabur awal dibenarkan menjual kepentingan IPO mereka.

 

Baru-baru ini, beberapa syarikat teknologi besar dari Asia Tenggara juga mencatatkan kemerosotan sama seperti syarikat lain di seluruh dunia. 

 

Grab Holdings Ltd juga mengalami kemerosotan sebanyak 65% sejak penyenaraiannya di New York sejak pengambilalihan untuk tujuan khas pada tahun lalu.

 

Pasaran dalam talian PT Bukalapak.com juga mencatatkan penurunan sebanyak 67% sejak penampilan pertama di Jakarta pada Ogos 2021.

 

Pegawai GoTo merancang untuk memudahkan penjualan kepentingan terkawal oleh penyokong pra IPO bagi mengelakkan kejatuhan harga, tetapi cadangan itu tidak menjadi kenyataan.

 

Pemegang saham GoTo yang telah mempertimbangkan untuk menjual dan memutuskan untuk tidak meneruskan pada masa ini, kata GoTo sebelum ini.

 

Syarikat teknologi terbesar Indonesia telah kehilangan kira-kira AS$22 bilion (RM96.70 bilion) dalam pasaran modal yang memuncak pada Jun 2022. 

 

Syarikat itu meraih AS$1.1 bilion (RM4.84 bilion) daripada IPO dan saham melonjak 13% pada hari pertama dagangan pada April 2022, seterusnya menjadi IPO terbesar dunia untuk tahun itu. - DagangNews.com