Taipei, Kuala Lumpur destinasi pelancongan pilihan utama rakyat Malaysia pada 2024 - kajian Agoda | DagangNews Skip to main content

Taipei, Kuala Lumpur destinasi pelancongan pilihan utama rakyat Malaysia pada 2024 - kajian Agoda

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Dis - Bandar Taipei yang terletak di Taiwan merupakan destinasi pelancongan antarabangsa utama rakyat Malaysia manakala Kuala Lumpur merupakan destinasi domestik pilihan mereka bagi 2024, menurut kajian Agoda.

 

Dikenali dengan pasar jalanan yang meriah selain kaya dengan budaya, Taipei menawarkan gabungan tradisi dan kemodenan kepada para pelancong. 

 

Tokyo menjadi destinasi antarabngsa kedua menjadi pilihan rakyat Malaysia, ia diikuti Bangkok dan Hatyai masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat dalam senarai yang dikeluarkan itu.

 

"Sementara itu, Seoul berada di kedudukan kelima mengatasi Singapura sebagi destinasi utama bagi pelancong Malaysia pada 2024," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, gabungan dinamik budaya, inovasi, dan kepelbagaian di hab kosmopolitan ini memastikan pengalaman yang sentiasa segar, menjadikan Kuala Lumpur kegemaran abadi dalam kalangan pelancong Malaysia.

 

taiwan

 

Kedudukan kedua menjadi milik Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai syurga makanan di Malaysia diikuti Kota Kinabalu, destinasi yang kaya dengan alam semula jadi manakala Langkawi berada di kedudukan kelima.

 

"Johor Bahru berada di kedudukan keempat di antara lima destinasi domestik teratas untuk 2024.

 

"Ia merupakan bandar yang sibuk yang memenuhi keperluan setiap anggota keluarga dengan taman tema yang meriah, tempat peranginan tepi pantai dan lapangan golf bertaraf dunia," katanya.

 

Dalam menanti percutian 2024, rakyat Malaysia boleh membuat tempahan penginapan, tiket penerbangan, dan aktiviti semua di platform Agoda. 

 

Dengan lebih daripada 3.9 juta hartanah percutian untuk dipilih dan reputasi memberikan pelancong tawaran nilai hebat, percutian boleh ditempah di Agoda tanpa mengira destinasi pada 2024. - DagangNews.com