Tawaran awam permulaan Cosmos Technology terlebih langgan sebanyak 58.01 kali | DagangNews Skip to main content

Tawaran awam permulaan Cosmos Technology terlebih langgan sebanyak 58.01 kali

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Sept - Cosmos Technology International Berhad mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk bahagian awam terlebih langgan sebanyak 58.01 kali. 

 

Sebanyak 8,328 permohonan untuk 756.74 juta saham baharu dengan nilai RM264.86 juta diterima daripada rakyat Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 58.01 kali.

 

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 4,350 permohonan untuk 286.33 juta saham baharu telah diterima mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 43.65 kali.

 

Bagi bahagian awam, sebanyak 3,978 permohonan untuk 470.41 juta saham baharu telah diterima, yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 72.36 kali.

 

"Sementara itu, 7.88 juta saham baharu yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan juga telah dilanggan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dalam pada itu, ejen penempatan mengesahkan bahawa sejumlah 43.42 juta saham telah disediakan untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dikeluarkan sepenuhnya.

 

Cosmos Technology dijadual untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Oktober 2022.

 

Mercury Securities Sdn. Bhd. merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO itu. - DagangNews.com