Aminvest Research unjur prestasi oleokimia IOI Corperation bertambah baik pada 1HFY25 | DagangNews Skip to main content

Aminvest Research unjur prestasi oleokimia IOI Corperation bertambah baik pada 1HFY25

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 7 Okt -  Aminvest Research menjangka bahagian oleokimia IOI akan menunjukkan prestasi yang baik pada 1HFY25 berikutan harga jualan yang lebih baik dan permintaan yang kukuh di Eropah.

 

Sebagai pengukur permintaan, harga purata minyak isirong sawit mentah (PKO) telah meningkat sebanyak 27% YoY kepada RM4,989 per tan pada 9M2024. 

 

"Oleh itu, kami menjangka bahagian oleokimia IOI akan menunjukkan prestasi yang baik pada 1HFY25 berikutan harga jualan yang lebih baik dan permintaan yang kukuh di Eropah.

 

"Kami mengunjurkan EBIT pembuatan (penapisan dan oleokimia) IOI meningkat 68.2% kepada RM303 juta pada FY25F daripada RM180 juta pada tahun sebelumnya.

 

"Kami percaya penanam besar Malaysia telah bersedia untuk EUDR pada Disember 2024 kerana mereka mempunyai MSM, yang boleh dikesan dan diperakui RSPO. 

 

"Di samping itu, mereka mempunyai sumber untuk mendapatkan maklumat geolokasi ladang kelapa sawit, yang mungkin tidak dimiliki oleh pekebun kecil," katanya dalam satu kenyataan. 

 

Menurut Aminvest Research, pada kemuncak, FY23 EBIT pembuatan IOI ialah RM660.6 juta dan diunjurkan margin EBIT sebanyak 3% pada FY25 berbanding 2% pada FY24.

 

Selain itu, bagi bahagian huluan, kami telah mengandaikan pertumbuhan keluaran buah tandan segar (BTS) sebanyak 5% untuk IOI pada FY25.

 

Kos pengeluaran MSM pula dianggarkan RM2,230 per tan pada FY25F berbanding RM2,330 per tan pada FY24 dan firma itu menjangkakan IOI menanam semula kira-kira 10,000 hektar pokok kelapa sawit yang sudah tua pada FY25.

 

Walaupun begitu, IOI dijangka mencapai peningkatan 5% dalam pengeluaran BTS berikutan kawasan matang yang lebih tinggi di Indonesia dan peningkatan dalam hasil BTS.

 

Amnvest Research mengekalkan saranan 'Hold' ke atas saham IOI Corporation iaitu RM4.10 sesaham, berdasarkan PE sebanyak 18x, iaitu purata lima tahun untuk penanam modal besar.

 

Selain itu, firma tersebut telah mengurangkan keuntungan bersih FY25 sebanyak 6% dan pendapatan bersih FY26 sebanyak 9% mengambil kira margin EBIT perladangan yang lebih rendah sebanyak 40% setiap satu berbanding 42% sebelumnya.- DagangNews.com