Arus Juta menang tender Mindef bekalkan jambatan taktikal untuk Tentera Darat bernilai RM263.2 juta | DagangNews Skip to main content

Arus Juta menang tender Mindef bekalkan jambatan taktikal untuk Tentera Darat bernilai RM263.2 juta

Kenderaan perisai AV8 Gempita menyeberangi tasik menggunakan jambatan taktikal sedia ada Tentera Darat.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 5 Nov - Tentera Darat bakal menerima dua unit jambatan taktikal baharu susulan tender kontrak yang dibuka sebelum ini iaitu pada Ogos lepas.

 

Menerusi laman portal MyProcurement Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan telah menganugerahkan kontrak tersebut kepada syarikat Arus Juta Sdn. Bhd.

 

Nilai keseluruhan kontrak ialah RM263.2 juta yang dimenangi secara tender terbuka.

 

 

Kontrak bertarikh 4 November 2024 itu bagi membekal dan menghantar jambatan taktikal untuk Tentera Darat kepada Bahagian Perolehan Mindef.

 

 

Terima
Jambatan taktikal penting bagi operasi ketenteraan selain boleh digunakan semasa bencana alam.

 

Terima

 

 

Bagaimana pun, jenis dan jambatan taktikal buatan negara mana tidak dinyatakan pada laman portal MyProcurement tersebut.

 

Jambatan taktikal terapung yang berbentuk seperti pontun ini dengan saiz panjang tertentu digunakan untuk menyeberangi sungai atau tasik.

 

Kelebihan jambatan taktikal ialah ia mempunyai enjin pada bahagian sisi untuk menggerakkan jambatan sebaik berada di dalam air.

 

Manakala saiz jambatan pula boleh dipanjangkan dengan unit jambatan sama sepertinya.

 

 

Terima
Kaedah membawa kenderaan menyeberangi sungai menggunakan perahu tempur.
​​

 

Jambatan ini juga boleh digunakan untuk operasi awam selain ketenteraan, misalnya semasa bencana alam, banjir yang buruk atau kejadian jambatan runtuh.

 

Ia juga boleh berperanan seperti feri untuk membawa kenderaan dan anggota menyeberangi sungai.

 

Ketika ini Rejimen Askar Jurutera Tentera Darat (RAJD) mengoperasikan 6 unit jambatan taktikal buatan firma CNIM dari Perancis.

 

Jambatan taktikal ini telah digunakan Tentera Darat sejak 20 tahun lalu.

 

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Mindef (Mindef) sebelum ini turut membuka tender untuk membekalkan 5 unit jambatan sokongan logistik (LSB) bagi Tentera Darat.

 

 

Terima
Jambatan LSB milik Tentera Darat.

 

Terima

 

 

Tender tersebut dibuka pada Jun lalu kepada syarikat tempatan yang berkelayakan.

 

LSB adalah jambatan pasang siap dan binaan pantas mengikut sepertimana konsep jambatan Bailey yang diperkenalkan tentera British semasa Perang Dunia Kedua.

 

Sebelum ini, tender membekalkan 2 buah LSB telah dikeluarkan pada tahun 2021 yang mana kontrak itu dianugerahkan kepada syarikat tempatan, Stare Resources Sdn. Bhd. (Stare Resources) bernilai RM17.2 juta. 

 

Dua jambatan LSB ini dioperasikan oleh RAJD.

 

 

Terima

 

 

Dengan bentuk geografi negara yang mempunyai banyak sungai serta halangan lain, penggunaan LSB adalah perlu.

 

Begitu juga semasa berlakunya bencana seperti banjir besar yang menyebabkan jambatan sedia ada runtuh atau laluan terputus. - DagangNews.com