KUALA LUMPUR 6 Nov - Deleum Bhd mengambil alih saham tambahan 16% dalam Turboservices Sdn Bhd daripada Solar Turbines International Co (STICO) pada harga RM7.34 juta.
Pengambilalihan itu akan menaikkan saham Deleum dalam Turboservices sebanyak 90%.
Deleum berkata, pengambil alihan tunai saham dalam Turboservices itu dibiayai secara dalaman, mengikuti rundingan penjual rela pembeli rela berdasarkan aset bersih syarikat tersebut.
"Pada penghujung tahun kewangan terakhir berakhir 31 Disember 2023 (FY23), Turboservices memeiliki aset bersih sebanyak RM52.29 juta, sebelum diselaraskan kepada RM6.4 juta dalam dividen yang dibayar.
"Selain itu, untung bersih FY23 kumpulan meningkat 148.93% kepada RM25.64 juta, daripada RM10.3 juta manakala, hasilnya meningkat 29.23% kepada RM522.94 juta daripada RM404.66 juta.
"Setelah selesai pemgambilalihan tu dijangka siap pada 15 Disember 2024, Deleum jangka menyaksikan keuntungan tinggi dan memperkemaskan pengurusannya sambil mengekalkan pegangan 10% STICO," katanya.
Pada 1HFY2024, keuntungan bersih Deleum meningkat 67.71% kepada RM31.62 juta daripada RM18.86 juta manakala, hasilnya meningkat 24.3% kepada RM387.82 juta daripada RM311.52 juta.- DagangNews.com