KUALA LUMPUR 10 Dis - JHM Consolidation Bhd menerima kontrak RM300 juta dalam tempoh lima tahun daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) untuk membekalkan alat ganti kenderaan bagi beberapa model kenderaan keluaran syarikat itu.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu diperolehi menerusi anak syarikatnya, JHN Dekai Auto Lighting Sdn Bhd yang dijangka bermula pada akhir suku ketiga 2025.
"Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham JHM.
"Kontrak itu dijangka menyumbang kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun bermula dari tahun kewangan berakhir 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Katanya, faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia dan risiko operasi seperti risiko penyiapan dan kekurangan bahan dan buruh mahir yang mana kumpulan akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkannya. - DagangNews.com