Keputusan mesyuarat Fed dijangka beri kesan lebih ketara kepada pasaran berbanding pilihan raya AS - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Keputusan mesyuarat Fed dijangka beri kesan lebih ketara kepada pasaran berbanding pilihan raya AS - MIDF Research

Gambar: AFP
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Nov - Ketidakstabilan pasaran dijangka berlaku dalam tempoh terdekat berikutan pilihan raya Presiden AS tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan oleh Rizab Persektuan (Fed) akan memberi kesan lebih ketara, kata MIDF Research.

 

Walaupun pertumbuhan pekerjaan baru-baru ini merosot, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor sementara seperti taufan dan mogok buruh, Fed mungkin memilih pemotongan kadar 25 mata asas yang sederhana dan bukannya pelarasan yang lebih besar.

 

Bank pusat global umumnya berada dalam fasa pelonggaran, yang sepatutnya menyokong pasaran ekuiti disebabkan peningkatan kecairan.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7434070208505007377.jpg?itok=YW26ujPr","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7434070208505007377?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Memandangkan kemungkinan Fed meneruskan laluan pelonggarannya (menjadi faktor yang lebih penting pada masa ini), kami mengekalkan sasaran FBM KLCI, FBM Hijrah dan FBM70 kami untuk 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Sasarannya untuk KLCI tidak berubah pada 1,750 mata. MIDF kekal optimistik dengan berhati-hati tentang prospek pertumbuhan pasaran ekonomi dan ekuiti untuk baki 2024.

 

Bagi suku keempat 2024, mereka mencadangkan strategi pemilihan saham yang tertumpu pada turun naik minimum hingga pertengahan, disokong oleh asas yang kukuh, kerana saham sedemikian cenderung menunjukkan kestabilan dan risiko yang berkurangan.

 

Malaysia berpeluang menerima keuntungan daripada perang perdagangan AS-China yang diperbaharui sekiranya Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS 2024.

 

"Kami menjangkakan pasaran tempatan dan ASEAN mendapat manfaat daripada peningkatan mudah tunai ini, mengekalkan sasaran kami untuk indeks KLCI, FBM Hijrah dan FBM70 2024.

 

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan perang perdagangan AS-China.

 

"Kami percaya dapat melihat kesinambungan aliran FDI semasa ke hadapan, dan ia mungkin mempercepatkan dengan kemungkinan Perang Dagangan 2.0," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, ketegangan antara AS dan China meningkat, syarikat-syarikat akan memberi fokus untuk mempelbagaikan pangkalan pembuatan mereka untuk mengelak kenaikan tarif dan halangan perdagangan.

 

Sebagai contoh dari 2016 hingga 2023, apabila pelaburan asing yang diluluskan di Malaysia melonjak daripada RM21.6 bilion kepada RM128.4 bilion, mungkin dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan China-AS dan lokasi strategik Malaysia serta infrastruktur yang lebih baik. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/l7lS9wbikyo.jpg?itok=tgNhXC7-","video_url":"https://youtu.be/l7lS9wbikyo","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}