LIAM rai Jubli Emas dengan Kempen Baharu dan Inisiatif CSR berjumlah RM50,000 | DagangNews Skip to main content

LIAM rai Jubli Emas dengan Kempen Baharu dan Inisiatif CSR berjumlah RM50,000

Menang Besar, Beri Kembali: Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM40,400! Setiap penyertaan membantu menyokong tujuan yang bermakna, apabila LIAM menyumbang RM10 bagi setiap video kepada NGO dan perusahaan sosial terpilih.
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 3 Okt - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melancarkan dua kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises sempena sambutan ulang tahun yang ke-50.

 

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell berkata, sambutan ulang tahun ke-50 LIAM merupakan peristiwa penting untuk meraikan impak mendalam oleh persatuan dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.

 

"Dengan kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dan memberi kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami selama lima dekad. 

 

"Melalui penyertaan, rakyat Malaysia boleh menyokong kempen ini sambil mengambil langkah bijak untuk menjamin masa depan kewangan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

 

Kempen itu yang sedang berlangsung dari Jun hingga November 2024, bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dan perancangan kewangan.

 

Peserta berpeluang memenangi lebih RM45,000 hadiah wang tunai di samping membantu LIAM mengumpul dana RM50,000 untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial terpilih, satu lagi peristiwa penting buat LIAM dalam tempoh lima dekad dedikasi kepada industri.

 

 

liam

 

 

Kempen #LIAMGoldenMoments mengajak rakyat Malaysia berkongsi kenangan terindah mereka melalui penyertaan video peribadi. 

 

Bagi setiap penyertaan sehingga 5,000 penglibatan sahaja, LIAM akan mendermakan RM10 kepada lima NGO dan perusahaan sosial terpilih seperti Persatuan Masalah Pembelajaran Daerah Petaling (GOLD), Suri Lifestyle, Persatuan Wanita & Ibu Tunggal (WITUS), Reef Check Malaysia dan The Asli Co./Ajar Society, dengan matlamat derma minimum RM50,000. 

 

Di samping menyumbang, peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang besar dalam kategori seperti Cabutan Bertuah Mingguan, Video Paling Kreatif dan Video Paling Berimpak.

 

Kempen #LifeisFullofSurprises pula bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans hayat dalam melindungi individu dan keluarga daripada kejadian yang tidak dijangka, di samping mempromosikan konsep celik kewangan. 

 

Berjalan serentak dengan #LIAMGoldenMoments, kempen itu menawarkan hadiah wang tunai RM50 setiap satu kepada 100 orang pemenang mingguan, menonjolkan kepentingan insurans hayat untuk mencapai keselamatan kewangan dan perancangan untuk masa depan.

 

Ditubuhkan pada 1974, LIAM telah menerajui industri insurans hayat Malaysia selama lima dekad.

 

Sebagai persatuan perdagangan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, LIAM mewakili 16 ahli termasuk 14 syarikat insurans hayat dan dua syarikat insurans semula hayat.

 

Persatuan itu memainkan peranan penting dalam mempromosikan perlindungan kewangan dan meningkatkan pemahaman orang ramai melalui inisiatif pendidikan serta bekerjasama dengan kerajaan untuk mengukuhkan usaha perlindungan sosial. 

 

Komitmen LIAM untuk memajukan imej dan profesionalisme industri telah menyumbang dengan ketara kepada pembangunan ekonomi Malaysia, dengan sektor insurans hayat adalah penting dalam menyokong keluarga dan masyarakat.

 

Butiran mengenai penyertaan dalam kempen #LIAMGoldenMoments dan #LifeisFullofSurprises termasuk garis panduan penyertaan dan kategori hadiah, boleh didapati di laman web LIAM di https://50th.liam.org.my/liam-golden-moments- DagangNews.com