KUALA LUMPUR 21 Nov - Malacca Securities memberi nilai wajar kepada pembuat baja, Cropmate Bhd pada 35 sen sesaham.
Penilaian tanpa penarafan tersebut adalah lebih sebanyak 75% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 20 sen sesaham dengan kumpulan itu bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 5 December 2024.
Katanya, penilaian ini berdasarkan gandaan PE sebanyak 16 kali.
"Kami mengunjurkan CAGR pendapatan tiga tahun Cropmate Bhd sebanyak 20% dengan untung bersih syarikat mencecah sehingga RM17.4 juta.
"Pertumbuhan pendapatan tersebut didorong oleh tinjauan industri minyak sawit yang positif dan permintaan China yang tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Cropmate lancar IPO di Pasaran ACE, sasar kumpul RM52 juta bagi sokong perkembangan operasi
Cropmate menetapkan dasar pembayaran dividen 30%, dan dijangkakan memberi ganjaran pemegang saham sebanyak 7 sen sesaham bagi FY24 sehingga FY26.
Kumpulan itu melaporkan penurunan hasil sebanyak 19.5% YoY, merosot daripada RM151.5 juta pada FY23 akibat susutan dalam kedua-dua segmen perumusan dan pengadunan serta segmen perdagangan baja, masing-masing jatuh 18.6% dan 22.1% .
Katanya, pengurangan dalam segmen perumusan dan pengadunan pada FY23 adalah disebabkan oleh tempahan yang lebih rendah yang diterima terutamanya daripada pelanggan ladang kelapa sawit, kerana harga minyak sawit mentah merosot daripada harga purata RM4,910 pada FY22 kepada RM3,796 pada FY23.- DagangNews.com