Master Tec Group ambil alih 1.04 juta saham Sediacom dengan pertimbangan tunai RM3.74 juta | DagangNews Skip to main content

Master Tec Group ambil alih 1.04 juta saham Sediacom dengan pertimbangan tunai RM3.74 juta

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Oktober - Pembuat dan pengagihan kabel kuasa kawalan dan instrumentasi, Master Tec Group Bhd, mengambilalih 1.04 juta saham biasa baharu dalam Sediacom Sdn Bhd mewakili 51% kepentingan ekuiti, dengan pertimbangan tunai RM3.74 juta.

 

Master Tec berkata, pengambilalihan Sediacom sejajar dengan strategi kumpulan untuk mengembangkan penawaran perkhidmatan dan asas hasilnya.

 

"Dengan menggabungkan keupayaan Sediacom, kami menyasar untuk meluaskan jangkauan pasarannya dan menyediakan rumusan  infrastruktur komprehensif kepada pelanggannya.

 

"Pengambilalihan Sediacom bertujuan untuk mempertingkatkan tawaran perkhidmatan kami untuk mencipta kesan sinergi dan mengembangkan bahagian pasarannya. 

 

"Kepakaran Sediacom dalam pemasangan kabel bawah tanah dan pemasangan talian atas melengkapkan keupayaan sedia ada kami bagi menawarkan rumusan bersepadu yang lebih komprehensif kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Master Tec Group, Tee Kok Hwa, berkata, pengambilalihan Sediacom merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam strategi pertumbuhan kerana ia meningkatkan penawaran perkhidmatan kami dan mewujudkan kesan sinergi yang kuat.

 

"Disokong oleh buku pesanan Sediacom yang sihat, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mengembangkan bahagian pasaran kami dan memacu pertumbuhan yang mampan dalam sektor infrastruktur tenaga," katanya. - DagangNews.com