MMAG dilantik sebagai pengendali khusus pesawat kargo badan sempit untuk Malaysia Airlines | DagangNews Skip to main content

MMAG dilantik sebagai pengendali khusus pesawat kargo badan sempit untuk Malaysia Airlines

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Dis - MMAG Holdings Bhd yang sedang mengalami masalah kewangan menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Airlines Bhd untuk berkhidmat sebagai pengendali khusus pesawat kargo berbadan sempit. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, surat anugerah (LOA) itu diterima oleh anak sayarikat milik penuhnya, MJets Air Sdn Bhd, untuk berkhidmat sebagai pengendali khusus pesawat kargo berbadan sempit MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) daripada 1 Januari sehingga 31 Disember 2025.

 

"LOA dengan Malaysia Airlines bakal meningkatkan keupayaan logistik dan kargo syarikat, yang berpotensi memulihkan isu kewangan kami. 

 

"MJets Air akan mengembangkan rangkaian kargo serantaunya, memanfaatkan infrastruktur logistiknya yang luas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengoptimumkan operasi," katanya.

 

Perkongsian itu, katanya, bertujuan untuk menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan kargo, memanfaatkan kedua-dua pelanggan MMAG dan MASKargo.

 

MASKargo ialah cabang kargo udara Malaysia Airlines. Kedua-dua syarikat itu adalah unit Malaysia Aviation Group Bhd.

 

Pada 15 November 2024, MMAG diberi surat pengecualian oleh Bursa Securities daripada diklasifikasikan bagai syarikat tersenarai di bawah Nota Panduan 3(GN3).

 

Walaupun LoA itu dijangka tidak memberi kesan material serta-merta ke atas kewangan MMAG, syarikat menjangkakan perkongsian itu akanmemberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatannya untuk tahun fiskal berakhir 30 September 2025.

 

Sementara itu, kerugian bersih terkumpul MMAG sebanyak RM116.75 juta atas hasil sebanyak RM648.52 juta bagi separuh pertama 2024 menggariskan perjalanan pemulihan kewangan yang mencabar.

 

MMAG, yang telah melaporkan kerugian sejak 2015, jatuh menjadi syarikat GN3 akibat ketidakpastian material yang dikemukakan oleh juruauditnya, Grant Thornton Malaysia PLT, dalam satu kenyataan kewangan terauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023. - DagangNews.com