MMC Port dilaporkan sedang menimbang IPO sebanyak RM7 bilion, terbesar di Malaysia dalam tempoh lebih sedekad - Bloomberg | DagangNews Skip to main content

MMC Port dilaporkan sedang menimbang IPO sebanyak RM7 bilion, terbesar di Malaysia dalam tempoh lebih sedekad - Bloomberg

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Okt - MMC Port Holdings Sdn Bhd sedang mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) di Kuala Lumpur yang boleh mengumpul sebanyak RM7 bilion (AS$1.6 bilion), kata sumber terdekat dengan perkara itu dan ia akan menjadikkan yang terbesar di Malaysia dalam tempoh lebih satu dekad. 

 

Pengendali pelabuhan itu, yang dimiliki oleh taikun Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedang bekerjasama dengan penasihat kewangan menenai rancangan untuk penjualan saham buat kali pertama yang mungkin berlaku pada separuh kedua 2025, kata sumber yang enggan dikenali kerana ia melibatkan proses yang sangat peribadi.

 

MMC dianggarkan berkemungkinan bernilai antara RM24 bilion hingga RM27 bilion.

 

Perbincangan sedang dijalankan dan butiran seperti saiz, nilai dan masa boleh berubah, kata sumber itu. MMC Port bagaimanapun enggan memberikan sebarnag ulasan mengenai perkara itu.

 

Syarikat itu, sebahagian daripada MMC Corp Bhd, megendalikan tujuh pelabuhan di sepanjang Selat Melaka, antara laluan perkapalan tersibuk di dunia, dan merupakan pengendali terbesar di negara ini, menurut laman webnya. 

 

Pada masa sama ia juga mengendalikan tiga terminal pelayaran.

 

Petronas Chemicals Group Bhd memperoleh hampir RM15 bilion daripada IPO pada 2010, manakala FGV Holdings Bhd dan Maxis Bhd kedua-duanya memperoleh lebih RM10 bilion pada 2012 dan 2009, data masing-masing disusun oleh Bloomberg.

 

Sunway Group juga sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan unit penjagaan kesihatannya di Kuala Lumpur tahun depan, dan OCI Holdings Co Ltd Korea Selatan sedang meneroka satu untuk unit polisilikon tempatannya, lapor Bloomberg News.

 

MMC telah meneliti penyenaraian unit pelabuhan itu pada 2018 dan 2020. Global Infrastructure Partners juga telah meneroka pemerolehan sehingga 49% daripada pengendali pelabuhan tetapi menangguhkan rancangan itu awal tahun ini atas kebimbangan penilaian. - DagangNews.com